Chansung 2PM dan isteri sambut kehadiran bayi perempuan pertama mereka

Wah, uri Chansung 2PM oppa kini dah bergelar bapa!

Pada 26 Julai, wakil agensi Chansung L’July Entertainment berkongsi, “Isteri Hwang Chansung telah melahirkan seorang bayi perempuan baru-baru ini. Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat.”

Pada Disember 2021, Chansung mengumumkan perkahwinannya dengan teman wanita, yang 8 tahun lebih muda daripadanya. Dia berkongsi, “Semasa merancang perkahwinan dengan individu ini selepas saya menamatkan khidmat ketenteraan, berkat kehidupan baru datang kepada kami lebih awal daripada yang dijangkakan, dan kami merancang untuk berkahwin seawal awal tahun depan.” Walaupun pasangan itu mempunyai rancangan untuk melangsungkan perkahwinan, majlis itu ditangguhkan kerana COVID-19.

Chansung memulakan kerjaya pada tahun 2008 dengan 2PM. Selepas 15 tahun di JYP Entertainment, Chansung meninggalkan agensi itu dan menandatangani kontrak eksklusif dengan L’July Entertainment pada Mac untuk meneruskan aktivitinya sebagai pelakon.

Tahniah kepada Chansung dan keluarga!

Sumber : sportschosun | hankookilbo

loading...