JAY B dan Sik-K tinggalkan H1GHR Music. Kini JAY B bersama CDNZA Records

H1GHR Music telah mengumumkan bahawa kontrak Jay B dan Sik-K telah tamat.

Pada 25 Julai KST, menerusi akaun media sosial rasmi H1GHR Music, mereka mendedahkan bahawa penyanyi rap Sik-K dan JAY B akan meninggakan H1GHR MUSIC kerana kontrak eksklusif mereka telah berakhir.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikongsikan agensi tersebut:

Helo. Ini H1GHR Music.

Pertama, kami merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada peminat yang telah menyokong Sik-K dan JAY B sepanjang kerjaya mereka. Kontrak eksklusif kami dengan Sik-K dan JAY B telah tamat dan kami telah bersetuju bersama bahawa adalah demi kepentingan artis untuk meneruskan kerjaya mereka dihaluan yang berbeza.

H1GHR MUSIC akan sentiasa menyokong kedua-dua mereka sebagai keluarga dan kami minta peminat untuk terus memberikan sokongan anda kepada mereka.

Kenyataan itu dikeluarkan sejurus selepas pengumuman single baharu agensi berkenaan berjudul “BRB,” atau “Be Right Back” yang menampilkan Jay Park, Cha Cha Malone, Sik-K, pH-1, Groovy Room, HAON, BIG Naughty, TRADE L, Park Hyun Jin, dan Jay B. Single tersebut akan dirilis pada 27 Julai jam 6 petang KST.

Tidak lama selepas itu, JAY B mengumumkan rancangannya untuk menyertai label baharu yang dipanggil CDNZA Records.

Terdahulu, Sik-K telah bersama dengan H1GHR MUSIC sejak 2015 selepas muncul sebagai peserta dalam rancangan “Show Me The Money 4.” Dia telah meriliskan EP pertamanya “Flip” pada 20 Julai 2016.

Manakala JAY B menyertai H1GHR MUSIC pada Mei 2021 selepas memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya dengan JYP Entertainment, agensi pertama dia memulakan kerjayanya. Ahli GOT7 yang lain juga memilih agensi yang berbeza untuk meneruskan kerjaya mereka.

Di bawah pengurusan H1GHR MUSIC, JAY B memulakan kerjaya sebagai artis solo dengan single ‘Switch It Up’ dan kemudian EP pertamanya ‘SOMO: FUME’ yang dikeluarkan pada Ogos 2021. Berikutan itu, JAY B mengeluarkan EP fizikal pertamanya Def., ‘Love.’, di bawah label Warner Music Korea.

Apapun, selamat maju jaya buat Jay B dan Sik-K.

Sumber : mk.co |

loading...