Pelakon “Today’s Webtoon” Kim Sejeong, Nam Yoon Soo, dan Choi Daniel Kongsi Jenis Watak Webtoon Yang Mereka Inginkan

Pelakon drama SBS “Today’s Webtoon” berkongsi tentang jenis watak webtoon yang mereka inginkan!

“Today’s Webtoon” adalah sebuah siri pembikinan semula dalam versi Korea bagi drama popular Jepun 2016 “Sleepeeer Hit!” yang berlatarbelakangkan industri webtoon kompetitif Korea Selatan.

Drama ini menceritakan kisah On Ma Eum (Kim Sejeong), seorang bekas atlet judo yang menyertai jabatan editorial Neon Webtoon sebagai pekerja baharu dan bergelut untuk menjadi seorang editor webtoon yang sebenar.

Kim Sejeong membawakan watak On Ma Eum yang terpaksa melepaskan impiannya untuk menjadi pemenang pingat emas dalam judo disuka Olimpik selepas mengalami kecederaan. Tidak kenal erti putus asa, Oh Ma Eum tertarik dengan webtoon yang menjadi sumber hiburannya sejak bergelar atlet. Dia juga bekerja di bahagian editorial webtoon walaupun terpaksa menempuh pelbagai kesukaran. Oh Ma Eum akan menunjukkan semangat juang seorang pekerja baru yang mengambil langkah pertama dalam kerjayanya.

Nam Yoon Soo sebagai Goo Joon Young, yang memiliki IQ 150 dan menyertai bahagian editorial webtoon bersama On Ma Eum. Dia juga berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan pekerjaan baharunya. Tetapi selepas bertemu dengan On Ma Eum yang optimis, Goo Joon Young mula mencurahkan hati dan jiwanya ke dalam semua yang dia lakukan.

Choi Daniel pula akan memainkan watak Seok Ji Hyung, seorang timbalan editor yang tidak dapat diramalkan dengan wajah poker yang tidak boleh dibaca serta menjadi mentor yang boleh dipercayai untuk On Ma Eum.

Baca juga : Julai ini tawarkan 6 lagi drama Korea terbaru untuk tontonan korang

Ketiga-tiga pelakon itu membincangkan jenis watak yang mereka inginkan jika mereka berada dalam webtoon. Lantas Kim Sejeong menjawab, “[Saya akan menjadi] orang kaya yang berat badannya tidak akan bertambah tidak kira apa yang saya makan. Saya mahu menjadi seorang penulis yang menjelajah restoran terkenal di seluruh dunia, hanya makan makanan yang lazat, dan menulis diari perjalanan.” Wataknya sebagai On Ma Eum juga digambarkan seorang yang suka makan dan bersenam dengan penuh semangat, jadi peminat akan dapat melihat bagaimana Kim Sejeong menggambarkan sisinya itu.

Choi Daniel turut memberikan jawapan yang menarik. Dia menjawab, “Saya mahu menjadi ‘lelaki terkuat di dunia’ yang menggunakan kuasa besar yang paling berkuasa.” Dalam drama “Today’s Webtoon,” dia akan melakonkan watak atasan “mahakuasa” yang menyelesaikan semua jenis masalah dan membawa pekerja baru menjadi editor sejati.

Nam Yoon Soo pula memberikan respons yang tidak dijangka tetapi khusus dengan memilih watak dalam genre noir. Dia berkongsi, “[Saya ingin menjadi] seorang yang berterus-terang, dingin dan berkarisma yang kehilangan sebelah kaki dalam kemalangan yang tidak dijangka dan bersedia untuk membalas dendam, seperti lelaki dalam filem ‘The Man From Nowhere.’” Nam Yoon Soo dijangka membawakan watak yang berlainan daripada watak yang selalu dilakonkan dan akan menggambarkan pesona dingin Goo Joon Young dalam “Today’s Webtoon.”

“Today’s Webtoon” ditayangkan pada 29 Julai jam dan akan tersedia dengan sari kata menrusi platform Viu pada 30 Julai ini.

Sumber : isplus

loading...