Kontrak Kim Garam ditamatkan HYBE, LE SSERAFIM kini berlima

Heboh diperkatakan Kim Garam  meninggalkan LE SSERAFIM.

Pada 20 Julai, Source Music mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan bahawa syarikat itu telah memutuskan untuk menamatkan kontrak eksklusifnya dengan Kim Garam. Agensi itu menyatakan, “Kami memohon maaf setulus hati kepada peminat dan kepada mereka yang telah menunjukkan kasih sayang serta sokongan kepada LE SSERAFIM kerana telah menimbulkan kebimbangan berikutan kontroversi yang melibatkan salah seorang ahli kumpulan berkenaan.” Melangkah ke hadapan, LE SSERAFIM akan meneruskan aktiviti mereka dengan keanggotaan lima orang ahli.

Imej ehsan Dispatch 

Baca kenyataan penuh di bawah:

Kim Garam memulakan debutnya dengan LE SSERAFIM pada 2 Mei dengan “FEARLESS.”

Terdahulu, Kim Ga-ram dikaitkan dengan pertuduhan membuli di sekolahnya menerusi platform atas talian. Rentetan daripada pertuduhan itu, semakin banyak ‘bukti’ yang dikemukakan oleh individu yang mendakwa kononnya mereka merupakan bekas rakan sekolah Kim Ga-ram

Berikutan kontroversi itu, Kim Ga-ram mengumumkan tempoh hiatus selepas 3 minggu debut dan tidak lagi menyertai sebarang aktiviti promosi melibatkan kumpulan itu.

loading...