Drama balas dendam yang romantis “Red Swan” lakonan Kim Ha Neul & Rain akan datang di Disney+ Hotstar

“Red Swan” yang dibintangi oleh Kim Haneul, Jeong Jihun dan Jeong Gyeoun menampilkan kisah unik tetapi berbahaya dalam masyarakat kelas atasan Korea.

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2023 – Bekas pemain golf profesional dan Goodwill Ambassador Oh Wansoo telah lama menyedari kecurangan suaminya, tetapi selepas berdepan situasi berbahaya pada suatu malam penting dalam hidupnya, menjadikan Wansoo mula mempertimbangkan semula perkahwinannya selepas jatuh cinta dengan lelaki yang menyelamatkannya dalam “Red Swan”. Drama ini akan datang secara eksklusif ke Disney+ Hotstar.

Dilahirkan dalam keluarga yang miskin, Oh Wansoo mengubah hidupnya dan menjadi pemain golf bertaraf dunia serta berjaya menarik perhatian ramai, termasuk bakal suaminya dan pewaris Kumpulan Hwain, Kim Yongguk. Berjuang untuk menjelaskan hutang ibunya, Wansoo bersetuju untuk mengahwini Yongguk tetapi tidak lama selepas itu kehidupannya berubah selepas mengetahui kecurangan suaminya. Selama lebih sepuluh tahun, Wansoo sentiasa setia disisi suaminya, bertekad untuk membuatnya berjaya, tetapi keadaan mula berubah dengan pantas pada suatu malam yang penting dalam hidupnya.

Tidak lama selepas tiba di Manila untuk penampilan sulungnya sebagai Goodwill Ambassador , Wansoo terperangkap di tengah-tengah kejadian hujan tembakan. Dia bagaimanapun dapat melarikan diri dengan tindakan heroik (berani) pengawal peribadi syarikat, Seo Doyoon. Tanpa disangka, selepas kejadian itu, perasaan Wansoo terhadap Doyoon semakin memekar sehinggakan dia mahu mempertimbangkan semula seluruh hidupnya.

Selepas menamatkan pengajian dari akademi polis dan dilengkapi dengan kemahiran seni mempertahankan diri yang luar biasa, Do Yoon menyertai pasukan keselamatan Kumpulan Hwain dengan tujuan khas dan ditugaskan untuk melindungi Wan Soo. Namun begitu, tiada siapa yang tahu apakah motif sebenar Doyoon bekerja untuk Kumpulan Hwain.

Dibintangi oleh Kim Haneul (A Gentleman’s Dignity, On Air) sebagai bintang golf professional dan Goodwill Ambassador  Oh Wansoo; Jeong Jihoon (Ghost Doctor, Ninja Assasin) sebagai Seo Doyoon, seorang pengawal peribadi dengan motif tersembunyi; Jeong Gyeoun (You Are Too Much, Sooni) sebagai pewaris Kumpulan Hwain dan penzina bersiri, Kim Yongguk; dan Seo Isug (Rookie Cops, Hypnosis) sebagai Park Miran, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hwain. “Red Swan” ditulis oleh Choi Yoonjung (Only Love, Three Sisters) dan diarahkan oleh Park Hongkyun (A Korean Odyssey, Warm and Cozy).

Peminat tegar drama Korea yang menampilkan pelbagai hiburan menakjubkan boleh mendaftar untuk Disney+ Hotstar  untuk menikmati akses siri Korea popular termasuk Big Bet yang dibintangi oleh pelakon lagenda Choi Minsik sebagai usahawan kasino yang terus berjuang untuk terus hidup dalam kemerosotan. Dia berazam untuk memperbaiki kehidupannya, tidak kira apa yang menjadi pertaruhan, ; Big Mouth, mengenai seorang peguam yang tidak cekap yang dipenjarakan secara palsu dan dituduh sebagai penipu paling terkenal di negara itu; serta keseluruhan perpustakaan hiburan tanpa penghujung yang menampilkan filem asal APAC tempatan dan filem serta siri tentpole global yang tersedia secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

Strim “Red Swan” akhir tahun ini secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

loading...