Barisan pemenang bagi Blue Dragon Series Awards yang pertama

Anugerah Siri Blue Dragon (Blue Dragon Series Awards) yang pertama kali dianjurkan telah mengumumkan barisan pemenangnya!

Tahun ini, Sports Chosun yang seringkali membawakan Anugerah Perfileman Blue Dragon tahunan yang terkenal, telah melancarkan majlis anugerah pertama Korea khusus untuk platform penstriman. Memandangkan pertumbuhan berterusan industri kandungan siri asal, Anugerah Siri Blue Dragon memberi penghormatan kepada kecemerlangan dalam drama dan rancangan pelbagai yang dihasilkan oleh perkhidmatan penstriman, berbanding rangkaian televisyen.

Pada 19 Julai, majlis pertama yang kali dianjurkan ini telah diadakan di Paradise City, Incheon dan dihoskan oleh Yoona Girls’ Generation dan Jun Hyun Moo.

Gambar ehsan Sports Chosun

Anugerah tahunan pertama untuk Drama Terbaik dimenangi “D.P.”, manakala anugerah untuk Program Variasi Terbaik diberikan kepada “Transit Love.”

Lee Jung Jae memenangi Pelakon Lelaki Terbaik untuk persembahannya dalam siri drama hyang mencetuskan fenomena global “Squid Game,” manakala Kim Go Eun pula memenangi Pelakon Wanita Terbaik untuk lakonannya menerusi drama popular “Yumi’s Cells.”

Jom semak senarai penuh pemenang di bawah!

Drama Siri

Best Drama: “D.P.”

Best Actor: Lee Jung Jae (“Squid Game”)

Best Actress: Kim Go Eun (“Yumi’s Cells”)

Best Supporting Actor: Lee Hak Joo (“Political Fever”)

Best Supporting Actress: Kim Shin Rok (“Hellbound”)

Best Rookie Actor: Goo Kyo Hwan (“D.P.”)

Best Rookie Actress: Jung Ho Yeon (“Squid Game”)

TIRTIR Popularity Award: Jung Hae In, Han Hyo Joo, Kang Daniel, Lee Yong Jin, Jaechan DKZ, Park Seoham

Rancangan Variety

Best Variety Program: “Transit Love”

Best Male Entertainer: Kang Ho Dong (“New Journey to the West Special: Spring Camp”)

Best Female Entertainer: Celeb Five [Song Eun Yi, Ahn Young Mi, Shin Bong Sun, and Kim Shin Young] (“Celeb Five: Behind the Curtain”)

Best Rookie Male Entertainer: Kai EXO (“New World”)

Best Rookie Female Entertainer: Joo Hyun Young (“SNL Korea”)

Tahniah diucapkan kepada para pemenang!

Sumber : chosun | edaily

loading...