“ADAMAS” drama misteri Korea terbaru akan bersiaran di Disney+ Hotstar mulai 27 Julai Ini

Apabila dua saudara kembar mendapati bahawa bapa kandung mereka telah dituduh membunuh bapa tiri mereka, kedua-duanya akan terlibat dalam konspirasi yang penuh tipu daya untuk membersihkan nama bapa mereka.

Menampilkan barisan pelakon Korea bertaraf bintang, ADAMAS akan tersedia dan boleh distrim diplatform Disney+ Hotstar mulai 27 Julai.

Dua puluh tahun yang lalu, dunia adik beradik kembar ini iaitu Ha Woo-sin dan Song Su-hyeon, hancur apabila bapa tiri kesayangan mereka dibunuh. Selepas peristiwa traumatik itu, dua beradik itu membesar menjadi pendakwa raya dan penulis novel misteri. Kehidupan mereka berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu hari, luka lama mereka berdarah kembali apabila bapa kandung mereka adalah suspek yang dituduh dalam kes pembunuhan itu.

Untuk mendedahkan kebenaran dalam kes itu, kedua-duanya menggunakan kebolehan mereka untuk mencari pembunuh sebenar sambil menjejaki ADAMAS – anak panah berlian yang berlumuran berdarah yang menjadi kunci untuk membongkar keseluruhan konspirasi.

Dibintangi Jisung yang memainkan dua watak sebagai pengarang novel misteri, Ha Woosin dan abang kembarnya seorang pendakwaraya Song Suhyeon; Seo Jihye (Kiss Sixth Sense, Crash Landing on You) sebagai Eun Hyesu; Lee Sookyung (Law School, Reply 1988) sebagai wartawan berita tempatan Kim Seohui, dan Heo Sungtae (Big Bet, Squid Game) sebagai Choi Taeseong, ADAMAS ditulis oleh Choi Taegang dan diarahkan oleh Park Seungwoo (Kairos, I Am Not A Robot)

Dihasilkan oleh Studio Dragon, ADAMAS adalah siri Korea terbaharu yang menyertai kandungan luas hiburan tanpa henti yang tersedia di Disney+ Hotstar.

Penonton juga boleh menstrim drama terbaru lakonan Lee Jong Suk dan Lim Yoona menerusi Big Mouth mulai 29 Julai diplatform yang sama. Big Mouth menceritakan tentang seorang peguam yang tidak cekap dipenjarakan sebagai sebahagian daripada kes pembunuhan yang sedang disiasatnya, dia akan dipaksa untuk menjadi penipu yang terkenal dengan harapan untuk membersihkan namanya.

Selain itu, penggemar kandungan bahasa Korea juga dapat menikmati pelbagai drama Korea yang telah diriliskan terdahulu seperti Soundtrack #1, yang menceritakan cinta yang tidak terbalas di antara dua kawan rapat; Grid, sebuah siri misteri-thriller tentang seseorang yang dahulu pernah menyelamatkan manusia dan kini dikenalpasti sebagai rakan sejenayah kepada seorang pembunuh dan Rookie Cops; drama percintaan kampus yang mengikuti kehidupan sekumpulan pelajar baru di Akademi Polis Kebangsaan Korea.

Selain itu, ada juga drama Link: Eat, Love, Kill yang mengisahkan seorang chef terkenal dunia yang tiba-tiba menangis di hadapan pelanggannya dan terpaksa melihat semula masa lalunya yang traumatik dan kehilangan misteri kakaknya serta Doctor Lawyer mengisahkan seorang pakar bedah terkenal Korea yang dipenjarakan dan terpaksa kehilangan lesen praktiknya yang akan membawa kepada kematian mengejut salah seorang pesakitnya. Insiden itu memaksanya keluar dari bilik bedah, menukar profesion ke bilik mahkamah untuk membela orang yang mengalami nasib yang serupa, sambil mendedahkan kebenaran di sebalik tuduhan yang dihadapinya

Tidak ketinggalan drama sensasi Snowdrop yang dibintangi Jisoo BLACKPINK, yang membawakan kisah tragis seorang mahasiswi yang bertentangan dengan keluarga dan negaranya untuk menyelamatkan lelaki yang dia cintai dan pelbagai cerita menarik lain dari banyak negara.

Jadi, jangan lupa untuk melanggan Disney+ Hotstar untuk mendapatkan drama-drama Korea yang terbaik. Memang tak rugi sebab korang boleh strim drama kegemaran korang sama waktu dengan tayangan di Korea!

loading...