Dalam diam JAY B GOT7 menyulam cinta dengan jurusolek kesan khas PURE.D

Leader kumpulan GOT7, JAY B dikhabarkan kini sedang bercinta!

Pada 7 Julai, WIKITREE melaporkan bahawa JAY B telah menjalin hubungan cinta dengan jurusolek kesan khas dan YouTuber PURE.D (Kim Do Hyun) selama sembilan bulan. Menurut laporan itu, mereka telah diperkenalkan antara satu sama lain melalui seorang kenalan.

Menjawab kepada laporan itu, wakil artis mengulas, “Mereka sangat berhati-hati kerana mereka berdua mempunyai pekerjaan di mana wajah mereka diketahui umum,” dan menambah, “Mereka telah mengekalkan hubungan baik selama sembilan bulan. Tolong teruskan menyokong mereka.”

Dilahirkan pada tahun 1994, JAY B pertama kali memulakan kerjaya sebagai pelakon dalam “Dream High 2” pada tahun 2012 dan kemudian sebagai ahli duo JJ Project pada tahun yang sama. Pada 2014, beliau memulakan kerjaya sebagai ketua kumpulan GOT7. Selepas pemergiannya dari JYP Entertainment, JAY B menyertai H1GHR MUSIC tahun lepas.

Manakala,

PURE.D dilahirkan pada tahun 1992 dan merupakan jurusolek kesan khas yang telah bekerja dalam pelbagai filem, drama, iklan dan banyak lagi. Dia juga mempunyai saluran YouTube sendiri dengan lebih 400,000 pengikut.

Apapun, tahniah diucapkan kepada JAY B dan PURE.D!

Sumber : 1

loading...