Kesemua 9 ahli TWICE sambung kontrak dengan JYP Entertainment

Nampaknya kesemua ahli TWICE akan meneruskan karier seni mereka bersama JYP Entertainment.

Pada 12 Julai, wakil JYP Entertainment berkongsi, “Menjelang tamat tempoh kontrak eksklusif mereka pada musim luruh ini, semua ahli TWICE selesai memperbaharui kontrak mereka. TWICE, yang memainkan peranan penting dalam mewujudkan status JYP sebagai agensi teratas, dan JYP, yang menjadi sumber sokongan yang boleh dipercayai bagi TWICE untuk berkembang menjadi wakil kumpulan gadis K-pop, bersetuju berdasarkan kepercayaan serta keyakinan ini untuk memperbaharui kontrak demi masa depan yang lebih baik.”

TWICE membuat debut mereka pada Oktober 2015, dan sejak itu, mereka telah menerima pelbagai anugerah utama, menjual lebih daripada 10 juta album terkumpul, dan menjadi kumpulan gadis K-pop pertama yang mengadakan siri jelajah Jepun serta menjadi kumpulan gadis pertama yang mempunyai 20 muzik video yang melepasi 100 juta tontonan.

Awal tahun ini, TWICE mengadakan konsert stadium pertama mereka di Amerika Syarikat untuk siri jelajah dunia keempat mereka “III.” Bulan lalu, Nayeon menjadi ahli TWICE pertama yang membuat debut solonya menerusi  mini albumnya “IM NAYEON,” yang mengungguli pelbagai carta Billboard.

Sumber : isplus hankookilbo

loading...