Badan Pertukaran Budaya Antarabangsa Korea telah mengeluarkan hasil kajian Hallyu Korea, ‘2021 Big Data-Utilizing Hallyu Market Research Report’ untuk tahun 2021.
Tempoh kajian itu dibuat bermula Jun hingga Disember 2021 berdasarkan data yang diperolehi menerusi Reddit, Soompi, Fandom, IMDb, Rotten Tomatoes, dan sebagainya di kesemua 15 negara iaitu China, Japan, Hong Kong, India, Indonesia, Malaysia, Afrika Selatan, Russia, Thailand, Taiwan, United Kingdom, Amerika Syarikat, Vietnam, Australia and the Emiriah Arab Bersatu (UAE). Hasilnya secara keseluruhan, BTS dan Blackpink dilihat mendominasi pengaruh Hallyu di luar Korea pada tahun 2021.
Manakala untuk kajian Hallyu dilakukan di Malaysia pula berdasarkan data laporan akhbar, produk ‘Squid Game’ mendominasi data Hallyu secara keseluruhan pada kadar 61, disusuli dengan BTS (53), Blackpink (23), Kim Namjoon (11), Lisa (10), minuman Dalgona dan Jungkook yang terikat sama (9).
Bagi kumpulan kpop berpengaruh di Malaysia pada tahun 2021 pula, BTS dan Blackpink masih di hadapan, diikuti tanpa turutan oleh NCT, EXO, BIGBANG, 2PM dan Winner.
Untuk artis Korea paling top di Malaysia pada tahun 2021 pula, hanya 20 artis ini saja tersenarai. Kesemua ahli Blackpink dan ahli BTS kecuali Kim Seok Jin tersenarai, begitu juga dengan San ATEEZ, PSY, Kris Wu dan Mark Lee NCT yang menjadi artis kpop bukan daripada kalangan Blackpink dan BTS tersenarai kali ini. Park Seo Joon, Kim Seon Ho, Lee Jung Jae, Gong Yoo, Park Hae Soo dan Hwang In Yeop pula antara pelakon yang disenaraikan.
Berikut ialah 20 artis Korea paling berpengaruh di Malaysia tanpa turutan: