Diheret isu mahu berkahwin tiba-tiba, SM Entertainment jamin Chen tetap ahli EXO

Tekanan daripada netizen dan sebilangan peminat EXO-L yang mahu mengusir keluar Chen daripada kumpulan EXO, gagal memaksa SM Entertainment untuk menunaikan permintaan mereka.

SM Entertainment dalam satu kenyataan sebentar tadi, memberikan jaminan bahawa Chen tetap ahli EXO dan tidak akan dikeluarkan seperti yang dipinta oleh sesetengah netizen.

“Sebelum secara rasmi mengumumkan perancangan Chen untuk bernikah, setiap ahli telah bersemuka dan berbincang sesama sendiri. Memikirkan kesukaran dialami akibat kehilangan ahli, mereka sepakat mahu meneruskan kumpulan EXO dengan jumlah ahli yang sedia ada,” kata jurucakap agensi itu.

SM juga menjelaskan EXO akan bergerak secara ‘solo’ memandangkan dua ahli mereka, Do Kyung Soo dan Xiumin sedang menjalani latihan khidmat negara dengan setiap ahli akan diberi peluang mengeluarkan single dan album tersendri.

Sumber: sport seoul

loading...