Lee Eun Hae, Pembunuh ‘Black Widow’ Korea akhirnya ditangkap polis setelah dicari berbulan-bulan

Lee Eun Hae (30 tahun), suspek utama kes pembunuhan Lembah Gapyeong akhirnya ditangkap polis pada 11:25 hari ini apartment officetel bertempat di Deokyang-gu, Goyang-si, Gyeonggi-do bersama teman lelakinya, Jo Hyeon Su (29 tahun).

Penangkapan mereka dibuat kira-kira empat bulan mereka dilaporkan hilang setelah waran dikeluarkan oleh pihak pendakwaraya pada Disember 2019 bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Lembah Gapyeong yang berlaku sekitar Jun 2019.

Mayat mangsa, Yoon Sang Yeop yang merupakan bekas suami Lee Eun Hae dijumpai terdampar ‘kelemasan’ di Lembah Yongso, Gapyeong. Bagaimanapun, siasatan polis kemudian mendapati mangsa berkemungkinan dibunuh berdasarkan bukti video terbaru yang menunjukkan suspek berada di tempat kejadian pada malam berlakunya kes pembunuhan tersebut.

Menurut video tersebut, mangsa yang begitu fobia dengan air didapati telah diusik berulang-ulang kali oleh rakan Lee Eun Hae dan suspek kedua, Jo Hyun Soo dilihat cuba menarik mangsa yang berada di atas bot ke dalam air. Dalam klip video seterusnya, mangsa yang begitu menggigil ketakutan dipaksa memecahkan buah tembikai sambil diperhatikan oleh isterinya.

Berdasarkan siasatan polis, Lee Eun Hae, Jo Hyun Soo, serta beberapa kenalan lain telah pergi ke Lembah Yongso untuk mengenakan Yoon Sang Yeop setelah mengetahui mangsa begitu fobia dengan air. Ketika itu, Lee Eun Hae memaksa suaminya yang tidak boleh berenang untuk berendam ke dalam tasik tersebut dan akhirnya, suaminya didapati lemas. Kejadian tersebut tidak dilaporkan kepada pihak polis menyebabkan polis hanya menemui mayat mangsa beberapa hari kemudian.

Siasatan polis seterusnya juga mendapati suspek pernah merancang untuk membunuh Yoon Sang Yeop dengan racun ikan buntal berdasarkan mesej telegram diperolehi antara Lee Eun Hae dengan Jo Hyun Soo pada Feb 2021. “Kenapalah kau tak mati saja setelah makan racun ikan buntal bebanyak?,” tanya Lee Eun Hae, seperti tertera di dalam mesej telegram tersebut. Malah, suspek juga pernah cuba memohon pampasan insurans bernilai hingga 800 juta won (~RM 2,756,836) lima bulan selepas kematian suaminya, namun permohonan mereka akhirnya ditolak pihak insurans.

Nama Lee Eun Hae tertular berikutan suspek merupakan bekas selebriti kanak-kanak pernah muncul di dalam MBC Love House pada tahun Mac 2002. Lee Eun Hae yang masih pelajar sekolah rendah darjah enam ketika itu mengadu hidupnya bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang apabila terpaksa bekerja untuk membantu ibu bapa daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) walaupun menerima duit kebajikan setiap bulan.

Lebih menarik lagi, siasatan netizen kemudian mendapati Lee Eun Hae pernah berkahwin dengan seseorang sekitar tahun 2015 kerana mendapati lelaki itu berharta dan majlis kahwinnya diaturkan dengan wakil keluarga pengantin perempuan adalah hasil penyamaran daripada beberapa orang yang disewa oleh Lee Eun Hae untuk hadir ke majlis tersebut. Sebaik saja mendapat tahu tentang hal tersebut, lelaki itu terus membatalkan perkahwinan mereka dan kini sedang menghidap sosiofobia. Siasatan netizen yang lain pula mendapati Lee Eun Hae pernah memeras duit Yoon Sang Yeop hingga mangsa terpaksa meminjam duit daripada rakannya semata-mata kerana mahu mengisi perut dengan mee ramen. “Yoon Sang Yeop pernah dapat pampasan sebanyak 100 juta won (~RM 344,604.54) setelah diberhentikan kerja, namun duit itu telah digunakan oleh isterinya. Isterinya telah berjoli besar dan tidak pernah beritahu ke mana dia perhabiskan kesemua duit itu, ” kata sumber yang dipetik daripada abang ipar kepada Yoon Sang Yeop.

Berikutan pendedahan berterusan berkenaan kes pembunuhan Lembah Gapyeong ini, netizen menggelarkan Lee Eun Hae sebagai pembunuh ‘Black Widow’ Korea di atas kesanggupannya membunuh suaminya sendiri semata-mata kerana duit.

Sumber: chosun

loading...