[Gempar] Ahn Hyo Seop & Park Ji Hyun digosipkan bercinta gara-gara tertular dakwaan makan berdua-duaan di tempat sama

Ahn Hyo Seop dan Park Ji Hyun digosipkan bercinta gara-gara tertular dakwaan foto berdua-duaan makan berdua-duaan di tempat sama.

Pada 5 April 2022, netizen berkongsikan bukti berdasarkan kemaskini yang dibuat oleh kedua-dua pelakon di laman sosial. Netizen mendakwa Ahn Hyo Seop dan Park Ji Hyun pernah meluangkan masa berdua-duanya di restoren pada awal Januari 2022 lalu kerana kedua-duanya secara kebetulan berkongsikan gambar pot tembikar yang sama dengan kapsyen berbunyi, “Aku sudah buatkan sup kek nasi untuk tahun baru”.

Malahan, kedua-dua buah gambar secara kebetulan memaparkan meja yang serupa dan kedua-duanya juga menikmati sup di pot tembikar yang sama, menambahkan lagi syak-wasangka netizen. Park Ji Hyun pula dikatakan telah memuatnaik gambar dirinya memakai cermin mata dengan bayangan lelaki terpantul di kanta cermin mata tersebut, menunjukkan dia makan berdua-duaan bersama lelaki yang dipercayai oleh netizen sebagai Ahn Hyo Seop.


Sebelum ini, netizen menuduh kedua-duanya sering berjumpa di lokasi Gim pilat (“pilates gym”) yang sama dan Ahn Hyo Seop juga dikatakan mempromosikan roti isi daging yang pernah dibakar oleh Park Ji Hyun.

Ahn Hyo Seop dan Park Ji Hyun pernah bergambar bersama sebagai model pakaian sukan Edwin pada September 2017. Setakat ini, belum ada penafian dibuat oleh kedua-dua belah pihak.

Ahn Hyo Seop bersama Kim Se Jeong di dalam SBS Business Proposal.
Ahn Hyo Seop dan Jeon Yeo Bin di set pengambaran Netflix ‘Someday Or One Day’.

Baca lagi: Ahn Hyo Seop, Jeon Yeo Bin & Kang Hoon sah bintangi Netflix Into Your Time, ‘remake’ drama Taiwan ‘Someday or One Day’

Sementara itu, Ahn Hyo Seop baru saja selesai membintangi drama SBS Business Proposal bersama Kim Se Jeong dan kini sedang menjalani penggambaran drama Netflix ‘Someday or One Day’.

Sumber: money today

loading...