Ahn Hyo Seop & Jeon Yeo Bin bergandingan sama untuk drama romantik adaptasi Taiwan, ‘Someday or One Day’

May be an image of 5 people, people standing and text

Ahn Hyo Seop dan Jeon Yeo Bin akan membintangi drama terbaru Korea terbitan Disney + yang diadaptasikan daripada drama popular Taiwan, ‘Someday or One Day’.

Drama ini berkisarkan tentang seorang gadis bernama Huang Yu Xuan yang begitu merindui teman lelakinya, Wang Quan Sheng yang telah menghilangkan diri selama dua tahun dan dianggap telah meninggal dunia. Pada suatu hari, Huang Yu Xuan menerima hadiah ‘walkman’ daripada seseorang yang tak dikenali. Sedang begitu asyik mendengar lagu, Huang Yu Xuan terkejut mendapati Wang Quan Sheng berada disisinya.

Namun yang mengejutkan dirinya ialah dia bukan lagi gadis berusia 27 tahun, tetapi sebaliknya memegang identiti budak sekolah bernama Chen Yun Ru yang kini terlantar di hospital. Lelaki yang berada disisinya itu bukannya Huang Yu Xuan tetapi ialah Li Zi Wei. Terperangkap di dalam identiti orang lain, Huang Yu Xuan memahami bahawa sekiranya Chen Yun Ru meninggal dunia, maka dia juga akan mengikutinya.

Ini merupakan drama pertama lakonan Jeon Yeo Bin sejak tvN Vicenzo di samping Song Joong Ki manakala drama susulan Ahn Hyo Seop selepas SBS Red Sky di samping Kim Yoo Jung. Tiada maklumat tentang bila drama ini bakal ditayangkan.

Sumber: sport donga

loading...