IU sahkan tidak akan bintangi drama baru penulis skrip ‘Crash Landing On You’

IU memutuskan untuk tidak muncul di dalam drama terbaru nukilan penulis skrip Park Ji Eun.

Menurut agensinya, Edam Ent., IU memang menerima tawaran berkenaan tetapi terpaksa menolaknya secara baik.

Baca lagi: Kim Soo Hyun & IU disebut-sebut bakal disatukan semula untuk drama terbaru oleh penulis skrip ‘Crash Landing On You’,’My Love From The Star’?

Drama terbaru yang diberikan tajuk ‘Queen of Tears’ ini dikatakan berkisarkan tentang cerita tentang keluarga chaebol daripada kalangan syarikat konglomerat dan merupakan projek terbaru gandingan duo pengarah-penulis skrip yang pernah menjayakan SBS My Love From The Star sebelum ini iaitu Lee Eun Bok dan Park Ji Eun.

Kali terakhir IU berlakon drama menerusi tvN Hotel del Luna pada tahun 2019.

Sumber: news1

loading...
Tagged: