Agensi sangkal tuduhan mengatakan pelatih baru HYBE, Kim Garam berperangai buruk sehingga pernah membuli rakan sekolahnya

Agensi Source Music di bawah label HYBE menafikan tuduhan yang mengatakan Kim Garam berperangai buruk sehingga membuli rakan di sekolahnya.

Tuduhan tersebut timbul apabila seorang netizen, A yang pernah bersekolah dengannya suatu ketika dulu telah membuat hantaran di laman komuniti forum. A mendakwa Kim Garam akan cuba mengganggu juniornya di Facebook jika mereka tidak menyapanya dengan baik. Malah, Kim Garam juga dikatakan berperangai buruk seperti meneguk arak, dan merokok.

Turut disertakan adalah bukti gambar yang menunjukkan Kim Garam melukis alat kelamin di papan hitam, selain gambarnya mengulum rokok.

Dalam satu hantaran netizen lain pula di laman komuniti forum Nate, B mendakwa pernah bersekolah dengan Kim Garam pada tiga tahun lalu. B mengesahkan memang ada bekas rakan di sekolah daripada kumpulan buli yang sama dengan Kim Garam pernah menyumpah-ranahnya di Facebook dan juga secara percakapan sehingga menyebabkannya mengalami tekanan mental selama setahun.  Bagaimanapun, B tidak menyertakan bukti melainkan gambar majalah sekolahnya.

Agensi Source Music dalam kenyataan tegasnya mendakwa tuduhan tersebut tidak benar.

“Tuduhan itu sengaja disunting bagi menampakkan Kim Garam jahat dan berperangai buruk ketika dia cuba berkawan di sekolah dulu. Tetapi yang sebaliknya berlaku, kami dapat pengesahan daripada orang lain bahawa Kim Garam sendiri yang sebenarnya dibuli termasuklah daripada kalangan pembuli siber,” kata jurucakap agensi tersebut.

“Source Music ingin mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana yang menyebarkan tohmahan dan maklumat palsu berhubung kes ini,” tambah agensi itu lagi.

Kim Garam dijangka akan ‘debut’ bersama Miyawaki Sakura dan Kim Chae Won, yakni bekas IZONE serta beberapa nama lain seperti Huh Yun Jin, Kazuha dan Hong Eunchae di dalam kumpulan kpop baru dinamakan LE SSERAFIM.

Sumber: sport khan

loading...