Harga tiket mencekik sampai cecah RM1,000 seorang, ARMY Korea mahu boikot konsert awal tahun Big Hit

Kelab peminat BTS Korea menyatakan pendirian mereka untuk memboikot konsert awal tahun anjuran Big Hit bersama Weverse.

Konsert tersebut yang bakal menampilkan kesemua artis di bawah naungan keluarga Big Hit kecuali SEVENTEEN iaitu BTS, NUEST, TXT, Enhypen, Gfriend, Lee Hyun, dan Bumzu di atas satu pentas, akan diadakan pada 31 Disember 2020 di waktu yang sama dengan siaran konsert percuma MBC Gayo.

Bagaimanapun, keputusan untuk mengenakan bayaran tertentu selain persoalan tentang berapa lama BTS akan beraksi di atas pentas, menjadi tanda tanya kelab peminat itu. “Konsert luar talian (‘offline’) ini adalah pertama daripada BTS sejak hampir setahun kerana pandemik Covid-19 yang tidak mengizinkan. Gabungan dengan kumpulan kpop lain tidak berlaku pada tahun-tahun lalu, dan kami tak rasa kami berada di dalam situasi yang sama dengan Big Hit dulu, ” kata mereka.

“Tiket konsert terlalu mahal sampai cecah 275,000 won (~RM 1,020)..Malah durasi konsert serta berapa lama kuota masa diberikan kepada setiap artis yang beraksi juga tidak dimaklumkan, ” ujar mereka lagi yang memberikannya sebagai alasan untuk memboikot konsert awal tahun itu.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Big Hit, ada 3 jenis tiket luar talian yang dijual. Harga tiket paling murah pun sekitar 154,000 won (~RM571) , disusuli tiket kelas kedua dengan pakej ‘CONNECT’ sekitar 242,000 won (~RM897) dan tiket kelas pertama dengan pakej FUN The’WE’VE beserta perkakas tambahan sekitar 275,000 won (~RM 1,020).

Pengumuman Big Hit berkenaan telah mendatangkan reaksi negatif daripada netizen Korea yang rata-ratanya mahu membawa keluarga menyaksikan konsert tersebut manakala netizen di luar negara pula dilihat agak terbuka dengan harga tiket seumpama itu kerana mereka hanya perlu menontonnya di atas talian seperti biasa.

Sumber: kmib

loading...