Kim Chae Won & Miyawaki Sakura, bekas ahli IZONE ini, sah bakal sertai kumpulan kpop baru di bawah label HYBE

Miyawaki Sakura dan Kim Chaewon sudah pun memutuskan untuk bersama dengan Source Music, salah satu agensi kelolaan label HYBE, bagi meneruskan kerjaya nyanyian mereka selepas IZONE terbubar.

Menurut Source Music yang mengesahkan berita itu pada 14 Mac 2022 hari ini, jurucakap agensi itu berkata, “Kami sudah pun menandatangi kontrak dengan Miyawaki Sakura dan Kim Chaewon berdasarkan kepercayaan sesama sendiri.”

“Mereka akan diletakkan di bawah kumpulan kpop baru yang dilancarkan dengan kerjasama antara HYBE dan Source Music,” tambah jurucakap itu lagi.

Terdahulu, berita kemasukan Miyawaki Sakura dan Kim Chaewon ke dalam label yang sama menguruskan BTS, TXT, ENHYPEN dan Seventeen itu pernah dicanang-canang sebagai gosip walaupun cuba dinafikan oleh pihak terbabit.

Miyawaki Sakura sempat menghabiskan aktiviti HKT48 di Jepun pada hari graduasi pada Jun 2021 lalu sebelum kembali semula ke Korea.

Sumber: heraldpop

loading...