Selepas Seulgi, kini Wendy pula dijangkiti Covid-19; Red Velvet batalkan segala aktiviti seni serta-merta

Selepas Seulgi terkena jangkitan Covid-19, kini Wendy pula disahkan positif virus berkenaan.

“Wendy sudah menerima tiga dos suntikan vaksin dan tidak menunjukkan sebarang gejala. Maka, segala aktiviti seni Red Velvet dirancangkan sebelum ini, akan dibatalkan serta-merta,” kata jurucakap agensi SM Ent.

“Kami tengah berbuat terbaik untuk memastikan kesihatan anak buah kami di tahap tertinggi,” tambahnya lagi.

Empat hari lalu, Seulgi yang menerima dua dos suntikan vaksin juga disahkan positif. Terdahulu, pada tiga minggu yang lalu, Irene, Joy dan Yeri pernah disahkan positif Covid-19 lantas menyebabkan konsert Red Velvet ditunda serta-merta sehingga ke tarikh tertentu walaupun kini mereka telah pun sembuh sepenuhnya.

Sumber: news1

loading...