Inilah artis Korea pilihan Malaysia paling popular kini, berjaya merangkul takhta Kmania TOP Stars Mac 2022

Jungkook, BTS dan Ahn Hyo Seop telah menyandang takhta Kmania TOP Stars bulan Jan 2022 apabila meraih undian tertinggi di Malaysia masing-masing untuk kategori “Kpop Idol Top Stars”, “Kpop Group Top Stars” dan “Kdrama Artist Top Stars”.

Ahn Hyo Seop berjaya menganjak jauh ke hadapan dengan peratusan undian yang terbanyak sekali iaitu 52.9%, disusuli oleh Kim Se Jeong (39.4%), Yoon Chan Young (32.7%), Nam Joo Hyuk (24%) dan Kim Nam Gil (24%).

Sesudah disajikan dengan lakonan ‘zombie’ Yoon Chan Young, yakni penyandang Kdrama Artist Top Stars bulan Feb 2022, kali ini penonton Kdrama terhibur pula dengan lelaki yang memiliki pakej tinggi seperti galah tetapi romantis. Manis digelar ‘Usop’ oleh peminatnya di Malaysia, Ahn Hyo Seop baru-baru ini digilai kerana watak Kang Tae Moo lakonannya di dalam SBS Business Proposal. Sebagai presiden syarikat terbesar di Korea, Kang Tae Moo perlu meyakinkan Shin Hari untuk dijadikan isterinya meskipun Hari hanyalah sekadar pekerja syarikatnya.

Baca lagi: Gelagat Ahn Hyo Seop, Kim Se Jeong, Seol In Ah & Kim Min Kyu Buat Ramai Terhibur!; Rating drama SBS Business Proposal sudah cecah 10%

Tidak kurang juga pasangan cinta Ahn Hyo Seop di dalam drama berkenaan iaitu Kim Se Jeong yang turut mempunyai peminatnya tersendiri.  Atas sebab itulah, bekas penyanyi idol daripada I.O.I dan Gugudan itu berjaya memperolehi kedudukan no.2 di hadapan Yoon Chan Young dan Nam Joo Hyuk.

Untuk pemegang “Kpop Group Top Stars” pula, BTS berjaya merampas takhta tersebut daripada tangan ATEEZ yang merupakan penyandang untuk bulan sebelumnya dengan peratusan undian sebanyak 43.3%. Populariti BTS sepanjang bulan Mac 2022 lalu banyak dibantu dengan kerancakan mereka berinteraksi sesama sendiri di lapangan media sosial masing-masing, kehebatan mereka menjayakan konsert jelajah di Seoul serta kesediaan mereka untuk membuat persembahan di Grammy Awards.

Namun, TREASURE mencipta kejutan apabila popularitinya melonjak naik ke tempat kedua manakala Stray Kids pula menyusul di tempat ketiga dengan peratusan undian masing-masing sebanyak 36.5% dan 35.6%. Dengan dibezakan peratusan undian sebanyak 1.0% saja antara kedua-duanya, mereka ternyata mampu menyailang kedudukan NCT (24%) dan juga ATEEZ (23.5%) yang terpaksa akur di tempat keempat dan kelima, yang masing-masing merupakan bekas penyandang “Kpop Group Top Stars” pada bulan Dec 2022 dan Feb 2022. TREASURE dan Stray Kids sememangnya telah diiktiraf sebagai kumpulan kpop berpengaruh di laman twitter dan Tiktok, menjadikan mereka agak dikenali di rantau Malaysia selain ‘comeback’ terulung dari Stray Kids baru-baru ini menjamin populariti mereka untuk terus kekal bersemadi di ingatan peminat kpop di Malaysia.

Baca lagi: Jualan album TREASURE paling laris sepanjang Feb 2022; ‘Darari’ pula tertular, jadi lagu kpop paling banyak distrim di Tiktok & Spotify Malaysia minggu ini; Stray Kids pecah rekod di Amerika Syarikat, album ‘Oddinary’ debut no.1 di dalam carta Billboard 200

Akhir sekali, Jungkook BTS pula dinobatkan sebagai pemegang takhta “Kpop Idol Top Stars” lantas merampas takhta tersebut daripada IU yang selesa berada di belakangnya di tempat kedua. Jika diukur tentang sebab mengapa penyanyi idol ini berjaya meraih undian tertinggi sekali yakni 59.6%, kita haruslah berterima kasih kepada kesudian beliau berinteraksi bersama peminat di laman sosial terutamanya di instagram selain lagu ‘Stay Alive’ dendangannya yang berkumandang di corong-corong radio dan laman penstriman. Jungkook akan cuba menjawab soalan yang diajukan ke atasnya menerusi slot #AskMeAnything, samada secara spontan mahupun berkias. Antaranya, kesudiannya untuk berlakon drama Korea buat pertama kali.

Di tempat kedua, ketiga, keempat dan kelima pula masing-masing jatuh kepada IU (51%), Suga BTS (26.9%), Haechan NCT (15.4%) dan Taeyeon SNSD (14.4%). Kehadiran IU dan Taeyeon sebagai wakil artis Kpop wanita membuktikan diri mereka juga sangat berpengaruh dalam kalangan rakyat Malaysia meskipun terpaksa bersaing kuat dengan penyanyi idol lelaki yang lebih dominan.

Sebagai bonus, empat lagu kpop paling popular di Malaysia sepanjang Mac 2022 lalu adalah Darari oleh TREASURE (32%), Stay Alive oleh Jungkook, Prod. Suga BTS (17.5%), Maniac oleh Stray Kids dan Tomboy oleh (G)I-DLE yang terikat di kedudukan sama (13.6%). Untuk empat drama paling popular sepanjang Mac 2022 lalu pula dipegang oleh SBS Business Proposal (50%), Netflix All of Us Are Dead (17.3%), tvN Military Prosecutor Doberman (12.5%), dan tvN Twenty-Five Twenty One manakala untuk penyanyi solo lelaki terbaik pilihan rakyat Malaysia pula didahului oleh Baekhyun (29.1%) dan diikuti oleh G-Dragon (17.5%), Taeyang (12.6%) serta Kang Daniel (11.7%).

Kaji selidik Kmania TOP Stars Mac 2022 ini dibuat pada 24 hingga 31 Mac 2022 dengan anggaran 104 undian secara rawak telah dicatatkan.

Segala keputusan di atas adalah berdasarkan undian secara atas talian menerusi website kami kmaniamy.com. Untuk mengetahui carta Top 10 ‘Kmania Top Stars’ bulan lalu sila klik pautan di sini.