Inilah artis Korea pilihan Malaysia paling popular kini, berjaya merangkul takhta Kmania TOP Stars Feb 2022

Yoon Chan Young, ATEEZ dan IU menyandang takhta Kmania TOP Stars bulan Feb 2022 setelah menggulung undian tertinggi di Malaysia masing-masing untuk kategori “Kdrama Artist Top Stars”, “Kpop Group Top Stars” dan “Kpop Idol Top Stars”.

Yoon Chan Young berada agak jauh di hadapan dengan peratusan undian yang terbanyak sekali iaitu 37.8%, disusuli oleh Kim Bum (29.7%), Kim Ji Soo (28.4%), Kang Daniel (24.3%) dan Kim Nam Gil (20.3%). Kim Ji Soo merupakan penyandang takhta Kdrama Artist Top Stars pada Jan 2022 lalu.

Tidak dapat diduga bagaimana bekas pelakon kanak-kanak yang tidak berapa dikenali sebelum ini mampu menidakkan keupayaan pesaing lain seperti Kim Bum dan Kang Daniel yang ternyata lebih popular dengan drama mereka, namun Yoon Chan Young berjaya berbuat demikian menerusi drama Netflix All of Us Dead saja. Yoon Chan Young membawakan watak budak sekolah yang cuba sedaya upaya melindungi wanita yang dicintainya daripada menjadi mangsa zombie. Seperti yang diramalkan, drama bergenre ‘zombie’ acapkali menjadi pilihan rakyat Malaysia dengan pelakon yang membintanginya turut terkena tempias populariti. Begitulah yang berlaku pada Yoon Chan Young apabila popularitinya terus meledak dalam sekelip mata saja.

 

Untuk persaingan merebut “Kpop Idol Top Stars” pula, penyanyi idol terkemuka, IU menyandang takhta “Kpop Idol Top Stars”, sekaligus merampas gelaran tersebut daripada Park Ji Min BTS. Beliau melakukannya dengan peratusan undian sebanyak 47.3% jauh di hadapan Park Jimin BTS dan Suho EXO. Jarang bagi mana-mana artis Kpop yang tidak mempunyai hasil kerja kala ini atau kurang diperkatakan di dalam media berjaya memperoleh undian agak menakjubkan semata-mata hasil sokongan daripada peminatnya di Malaysia. Tetapi itulah yang berlaku pada IU. Sudah pasti ramai ternanti-nanti apakah buah tangan terbaru daripada penyanyi idol ini yang pernah menjejakkan kaki ke Malaysia pada lewat tahun 2019 yang lalu. Mengikuti IU di belakang ialah Park Ji Min (35.1%), Suho EXO (24.3%), Jennie Blackpink (21.6%), dan Taeyeon SNSD (17.6%).

 

Akhir sekali, ATEEZ buat pertama kali berjaya menyandang pemegang takhta “Kpop Group Top Stars”, seterusnya menidakkan BTS daripada menguasai gelaran tersebut untuk sekian kalinya. ATEEZ berjaya memperolehi undian sebanyak 32.4% berbanding BTS sebanyak 29.7%. Populariti ATEEZ sememangnya banyak dibantu oleh pengeluaran album penuh mereka pada Dec 2021 lalu selain baru saja menghabiskan siri konsert jelajah mereka di Amerika Syarikat baru-baru ini. Malah, nama mereka seringkali disebut-sebut peminat ATINY gara-gara isu penjiplakan melibatkan kumpulan baru NMIXX dan penjiplakan lagu ‘Wave’ yang dikatakan mirip dengan lagu yang digubahkan untuk program realiti tv MBC My Teenage Girl pada lewat kebelakangan ini.

Di belakang ATEEZ dan BTS pula, ENHYPEN (27%), Apink (25.7%) dan NCT (24.3%) berjaya menempatkan diri mereka dalam kalangan 5 kumpulan kpop paling popular di Malaysia pada Feb 2022 lalu.

Sebagai bonus, lima lagu kpop paling popular di Malaysia sepanjang Feb 2022 lalu adalah Eleven oleh IVE (22.2%), Stay Alive oleh Jungkook (Prod. Suga BTS) (20.8%), Only oleh Lee Hi dan Jikjin oleh TREASURE yang terikat di kedudukan sama (15.3%), serta Polaroid Love oleh ENHYPEN (11.1%). Untuk tiga drama paling popular sepanjang Feb 2022 lalu pula dipegang oleh Netflix All of Us Are Dead (45.2%), tvN Ghost Doctor (30.1%), dan Disney+ Rookie Cops (11%) manakala untuk visual terbaik bagi kumpulan kpop lelaki pula didalangi oleh Seonghwa ATEEZ (25%), disusuli oleh Kim Seok Jin BTS (19.4%), serta Suho EXO dan Jaehyun NCT yang masing-masing dengan peratusan undi sebanyak 15.3% dan 11.1%. Mengejutkan dalam senarai ini ialah Seonghwa ATEEZ yang berjaya berjaya memintas Kim Seokjin BTS untuk diangkat visual terbaik bagai kumpulan yang diwakili mereka.

Kaji selidik Kmania TOP Stars Feb 2022 ini dibuat pada 24 Feb hingga 28 Feb 2022 dengan anggaran 148 undian telah dicatatkan.

Segala keputusan di atas adalah berdasarkan undian secara atas talian menerusi website kami kmaniamy.com. Untuk mengetahui carta ‘Kmania Top Stars’ pada Feb 2022 sila klik pautan di sini.

loading...