Ada ura-ura untuk kecualikan BTS daripada khidmat ketenteraan, wakil Presiden Korea akan temui HYBE secepat mungkin

Wakil presiden Korea yang baru memenangi pilihanraya presiden baru-baru ini iaitu Yoon Suk Yeol, merangkap pengerusi kumpulan peralihan presiden, Ahn Cheol Soo, dijangka akan menemui pihak HYBE pada 2 April ini bagi membincangkan kemungkinan untuk mengecualikan BTS daripada khidmat ketenteraan.

Ditanya tentang kemungkinan pertemuan tersebut, pihak yang terbabit berkata, “Kami akan bincang dengan HYBE tentang khidmat ketenteraan BTS berdasarkan pencapaian global BTS daripada pelan strategik industri seni selain memberikan sokongan padu serta mendengar kesukaran yang dialami industri seni.”

Malah, wakil pihak terbabit juga tidak menolak bahawa mereka mungkin akan mengecualikan BTS daripada khidmat ketenteraan walaupun undang-undang sudah membenarkan ahli-ahli daripada kumpulan itu untuk menunaikan kewajipan mereka selewat-lewatnya pada usia 30 tahun. “BTS memang layak untuk dapat perkhidmatan yang berbeza,” tambahnya lagi seperti dipetik daripada sumber.

Kendatipun begitu, tidak ramai menyukai bahawa pengecualian hanya diberikan kepada BTS saja memandangkan beberapa penyanyi idol kpop yang popular sebelum ini tidak mempunyai masalah untuk menunaikan kewajipan mereka sebagai rakyat Korea walaupun terpaksa bercuti daripada melaksanakan aktiviti seni sekurang-kurangnya untuk setahun setengah lamanya. Manakala, pandangan lain pula lebih mengkhususkan kepada kejayaan BTS mengharumkan nama negara selaku anak seni kerana pencapaian mereka juga tiada beza dengan atlet sukan yang memenangi pingat emas Olimpik di peringkat antarabangsa dan dikecualikan terus daripada menyertai khidmat ketenteraan.

Sumber: pinkvilla

loading...