Terkena jangkitan Covid-19, Jeon Somin ‘Running Man’ & Kim Sejeong ‘Business Proposal’ terpaksa jalani kuarantin serta-merta

Dari kiri: Jeon Somin dan Kim Sejeong.

Pelakon Jeon So Min dan Kim Sejeong kini sedang direhatkan dan akan menjalani kuarantin kendiri selepas kedua-duanya disahkan terkena jangkitan Covid-19 hari ini.

Jeon Somin dilaporkan akan menangguhkan pengambaran drama ‘Cleaning Up’, selain terpaksa mengabaikan penggambaran episod terbaru SBS Running Man melibatkan dirinya yang tetap akan dteruskan pada minggu ini. Sebelum ini, Jeon Somin pernah direhatkan daripada aktiviti ‘Running Man’ buat sementara selepas mengalami kecederaan pada kakinya.

Sementara itu, heroin utama drama SBS Business Proposal, Kim Sejeong juga terpaksa mengkuarantinkan dirinya selepas disahkan positif Covid-19 hari ini. Kim Sejeong yang baru saja selesai menghabiskan penggambaran drama berkenaan mungkin terpaksa menangguhkan sesi pertemuan bersama peminat, ‘Sejeong’s World Diary’ yang sepatutnya berlangsung pada 26 Mac 2022 ke tarikh baru, menurut agensinya Jellyfish Ent.

Semoga kedua-duanya cepat sembuh daripada penyakit yang dialami mereka.

Sumber: mk star, heraldpop

loading...