Mungkinkah Eli U-Kiss akan rujuk Ji Yeon Su untuk dijadikan isterinya semula? Semuanya bakal terjawab di dalam ‘We Got Divorced 2’

‘We Got Divorced’ yang berkisarkan tentang pasangan bercerai-berai yang ditautkan semula di dalam satu rumah akan kembali untuk musim kedua.

Pasangan pertama yang ditampilkan ialah Eli U-Kiss dan Ji Yeon Soo. Kedua-duanya berkahwin pada 2014 dan bercerai pada November 2020 selepas hampir 7 tahun melayari bahtera bersama. Mereka dikurniakan cahaya mata bernama Michael Min-soo Kim pada tahun 2016.

Sebelum ini, Ji Yeon Soo telah mengejutkan orang ramai apabila dia tidak mahu bersemuka dengan Eli di kandang mahkamah disebabkan beberapa faktor, antaranya salah faham dan konflik yang berlaku di antara mereka.

Meskipun begitu, selepas dua tahun bercerai, mereka bakal bertaut semula di dalam satu rumah. Eli yang kini tinggal di Amerika Syarikat juga bakal dipertemukan semula dengan anaknya buat pertama kali sejak dua tahun lalu.

Saat dipertemukan kembali, Ji Yeon Soo yang tidak dapat menahan sebak akhirnya menangis kerana kedua-duanya seperti terkunci mulut untuk mengucapkan selamat tinggal. Segala kekusutan yang berlaku di dalam rumahtangga sebelum ini seakan-akan belum lagi terlerai sebaik saja mereka memilih untuk mengundurkan diri sekali lagi.

‘We Got Divorced 2’akan ditayangkan pada 8 April 2022 ini.

Sumber: enews

loading...