Kesemua ahli CRAVITY yang pernah dijangkiti Covid-19 ini sedia taruhkan segala-galanya demi ‘comeback’ album terbaru

CRAVITY sebelum ini terpaksa menundakan segala aktiviti membabitkan promosi album terbaru mereka, “Liberty : In Our Cosmos” setelah kesemua ahlinya didapati positif Covid-19. Bagaimanapun, mereka berjaya melancarkan album studio kedua itu pada 22 Mac 2022 hari ini.

Di dalam sidang media sempena meraikan pelancaran album tersebut, Serim berkata, “Kesemua kawan-kawan saya telah sembuh sepenuhnya. Sewaktu menerima rawatan, kesemua alami batuk teruk. Kami risau sangat kerana semuanya telah dijangkiti. Kami bersedia untuk berlari dengan keadaan sihat walafiat kini.”

“Kami berfikir positif sejak dari awal. Semua yang terjadi ini buat kami punyai masa terluang untuk menyusul semula aktiviti ‘comeback’ ini. Saya tak nak jadi tak sabar kerana semata-mata nak tunjuk hebat depan korang. Peluang ini saya galas untuk jadi lebih kuat, ” sambung Woobin pula.

‘Adrenaline’ adalah sebuah lagu gubahan berbentuk funk, future house, trap, dan mumbaton kemudiannya telah dijadikan single utama untuk album ini. “Kami fokuskan pada konsep kesegaran kerana jiwa kami yang muda ini,” kata Wonjin manakala Seongmin pula berpendapat, “Persembahan bukan segalanya, tapi kami tetap mahukan kejayaan di puncak tertinggi. Saya berharap CRAVITY sekali lagi disebut-sebut di carta muzik luar negara termasuklah Billboard dan juga di Korea.”

“Saya sedar genre Kpop semenangnya digilai ramai kerana usaha berbagai-bagai artis termasuklah senior kami. Saya nak bagitahu korang adanya kekuatan yang muktamad daripada kami,” sebut Jungmo.

“Kami akan pergi di mana Luvity berada. Jika korang bersabar sedikit, kami akan harungi cabaran ini seterusnya menemui Luvity di sana,” kata Kang Minhee pula.

Buat ramai yang belum tahu, Taeyoung pernah tinggal dan merantau di Malaysia suatu ketika dulu kini sudah pun bermastautin di Korea.

Saksikan MV Adrenaline buat tatapan peminat kpop semua.

Sumber: xsportnews

loading...