Bekas penyanyi idol Korea ini redha berkerusi roda selepas lumpuh separuh badan

Kumpulan kpop duo, ‘Clon’ mungkin tidak akan kembali, tetapi Kang Won Rae tetap mengingati zaman gemilangnya selaku bergelar penyanyi idol pada suatu ketika dulu.

Di dalam hantaran dibuat menerusi instagram pada 22 Mac 2022 hari ini, Kang Won Rae memuatnaik foto dirinya yang dikerumuni peminat-peminat setia. Tulisnya, “1990 #Kang Won-rae #Hyun Jinyoung and Wow #SM’s First Album #Samsung MyMyConcert #BenetongPants #Dokguri #Enlisted (dikerahkan sertai khidmat ketenteraan sebulan kemudian) #YooSeungHair #ParkSangman Game”, Kang Won Rae mengenang kembali peristiwa silam tersebut.

Kang Won Rae yang ‘debut’ pada tahun 1996 sebagai penyanyi idol disamping Gu Jun Yeop menerusi kumpulan kpop duo Clon, dikenali kerana lagu-lagu seperti ‘Kung Da Ri Sha Bara’, ‘Choryeon’, ‘Come Back’ dan ‘I’. Malang tak berbau sewaktu tengah menunggang motosikal pada tahun 2000, penyanyi itu terbabit dalam nahas jalan raya sehingga menyebabkannya lumpuh separuh badan dan kini terpaksa berkerusi roda.

Kang Won Rae bersama anak lelakinya.

Namun, semangatnya untuk bangkit semula tidak pernah patah apabila beliau tetap menggigihkan diri berkerusi roda bernyanyi duo bersama Gu Jun Yeop di atas pentas bersama, dengan membuat kemunculan d KBS ‘Immortal Song’ dan KBS ‘Twentieth Century Hit Song’. Sedikit kegembiraan buat penyanyi itu apabila mempunyai isteri tersayang disampingnya selain dikurniakan dengan anak lelaki bernama Kang Seon Gun pada tahun 2014.

Sumber: sport chosun

loading...