Telatah pelakon Running Man kembali dibicarakan.
Baru-baru ini di dalam episod terbaru SBS Running Man yang ditayangkan pada 6 Mac 2022, ahli-ahli Running Man berkongsikan tentang pengalaman mereka sewaktu dijangkiti Covid-19.
“Apa yang buatku ketawa sebaik saja dijangkiti Covid-19, Jongkook cakap, ‘Aku pernah borak tak henti dengan seseorang yang positif selama sejam. Tapi kau lak terselamat’ ,” kata Yoo Jae Suk.
“Jongkook kata dia berpeluh pada hari kedua, hari ketiga pulak dia kata tak bau langsung,” kata Haha cuba mengingatkan kembali peristiwa itu.
“Aku tak suka sebab tak dapat bau apa-apa, jadi aku bersenam banyak kali dan asyiklah berpeluh. Tiba-tiba, aku dapat deria bau balik,” sampuk Kim Joongkook pula menyebabkan kesemua ahli Running man tertawa bersama.
“Semua orang nampaknya macam okay. Tapi Seokjin lah paling kelakar. Gejalanya semakin naik satu-persatu, Seokjin boleh kata dia semakin okay,” sambung Yoo Jae Suk.
Yang Sechan yang tidak mahu ketinggalan kemudiannya berkata, “Aku juga hilang deria bau, tetapi deria rasa aku masih ada. Aku dikuarantinkan selama 10 hari. Apabila aku tengok balik aplikasi penghantaran makanan, rupanya aku dah habiskan 700,000 won (~RM 2,383). Banyak sangat wang dihabiskan.”
“Kau dah makin gemuk,” sampuk Jeon So Min sambil ketawa.
“Aku selalu memesan apa yang aku nak maknan, tetapi sebab aku tak tahu nak buat apa ketika tengah terbaring, jadi aku pilihlah macam-macam menu,” sambung Kim Jongkook mengiyakan cerita Yang Sechan.
Yoo Jae Suk, Kim Jongkook, Yang Sechan dan Jeon Somin yang sudah pun sembuh daripada penyakit Covid-19, kembali melaksanakan rutin mingguan mereka di SBS Running Man.
Sumber: newsen