Mulai hari ini, Han Soo Hee tidak akan sesekali bayar hutang disebabkan oleh emaknya

Han So Hee mendedahkan bahawa dia tidak akan sesekali menyelesaikan hutang yang disebabkan oleh emaknya.

Menurut jurucakap agensinya, 9ato Ent., Han So Hee menjelaskan pendiriannya berhubung emaknya yang sedang disaman kerana tidak membayar hutang.

“Mak Han Soo Hee, Puan Shin menggunakan akaun bank di bawah nama Han So Hee untuk meminjam duit orang. Akaun bank itu dihasilkan ketika Han So Hee minor (di bawah jagaan orang tuanya) tanpa kehendaknya sendiri. Puan Shin telah meminjam duit orang lain tanpa pengetahuan Han So Hee sendiri,” kata jurucakap agensi itu.

“Defendan telah menggunakan akaun di bawah nama Han So Hee, tetapi tiada bukti menunjukkan Han So Hee harus bertanggungjawab di atas kesalahan dilakukan oleh defendan. Kami memohon maaf,” tambahnya lagi.

Terdahulu, kejadian yang agak serupa juga telah terjadi masa lalu di mana emaknya pernah memalsukan fail dokumen. Kes tersebut akhirnya ke mahkamah daerah Ulsan pada 8 April 2021 dan terbukti ianya tak berkaitan dengan Han So Hee. Han So Hee sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan membayar sebilangan hutang sebelum dia menjadi pelakon sepenuhnya, namun tidak lagi akan berbuat demikian apabila mendapati emaknya tidak serik dan menipu seseorang dengan menggunakan namanya sekali lagi.

“Disebabkan dia ialah anak kepada nenek yang menjagaku sejak kecil, atas dasar tanggungjawab, aku bayar sedikit hutangnya sebanyak yang mampu sebelum ‘debut’,” katanya ketika itu.

Han So Hee kan membintangi drama terbaru, Disney+ Soundtrack 1 bersama Park Hyung Sik pada 23 Mac 2022 nanti.

Sumber: newsen

loading...