“Konsert ini hampir-hampir nak rugi sebenarnya” – Kenyataan jujur Seokjin BTS tidak disenangi netizen Korea

Kenyataan Seokjin BTS baru-baru ini mengundang perbahasan dalam kalangan netizen Korea

Di dalam sesi VLive bersama peminat yang berlangsung pada 6 Mac 2022 semalam, Kim Seok Jin mengutarakan pandangannya berhubung konsert jelajah BTS di Seoul pada 10, 12 dan 13 Mac 2022 nanti.

“Pertama kalinya, aku sangat gembira. Melihat reaksi orang ramai ke konsert, aku sangat teruja dan sukakannya. Akhirnya, kami dapat beraksi di Korea juga. Konsert ini hampir-hampir nak rugi sebenarnya, tetapi tetap berhasil dengan baik-baik saja. Ia sesuatu yang kami sudah bersedia dan buat latihan. Aku sangat gembira dengan jadual berkaitan konsert kerana aku rasa aku boleh buat. ARMY nampaknya gembira sangat, jadi aku tetap akan gembira walaupun kami agak kerugian di sini.”

Kenyataan Seokjin tersebut merujuk kepada keputusan kerajaan yang mengarahkan BTS untuk mengadakan konsert dengan kapasiti kehadiran tidak melebihi 50 peratus. BTS difahamkan terpaksa menghadkan bilangan kehadiran kepada 15,000 orang bagi setiap konsert.

“Aku melayari di internet bagi melihat ulasan orang yang membeli tiket dan senarai menunggu adalah sekitar 300,000 orang. Mereka yang berjaya mendapatkannya pasti sangat teruja… (15,000 orang itu) Hanya satu perempat daripada jumlah sebenar, tapi kami akan mengisi baki tiga perempat seterusnya,” kata Seokjin lagi.

Bagaimanapun, kenyataan jujur Seokjin tersebut tidak berapa disenangi netizen Korea, yang rata-ratanya mengecamnya di laman komuniti forum Pann Nate.

“Walaupun BTS beraksi di Stadium Jamsil yang sangat mahal dengan 15,000 orang saja membayarnya, tetapi agen pemasar dikatakan telah mengajut keuntungan berjuta-juta dolar. Aku rasa aku gila sebenarnya. Walaupun bunyi macam kerugian, tetapi syarikat seolah-olah telah menekan anak saudaraku untuk menyaksikan konsert ke Amerika dan bukan ke Korea sebaliknya,” kata netizen tersebut. Dilaporkan bahawa konsert BTS di Las Vegas pada April depan dikatakan laris habis dengan 260,000 tiket sudah terjual. Hantaran netizen tersebut telah menjana ratusan komentar di ruangan komuniti forum.

Selepas mengadakan konsert di Seoul, BTS akan kembali beraksi di Grammy Awards pada 3 April 2022 dan disusuli dengan konsert jelajah di Las Vegas pada pertengahan bulan April berikutnya.

Sumber: newsen, pann nate

loading...