Lakonan sebagai perempuan perampas, ratu kontroversi, Seo Ye Ji sah akan bintangi drama tvN Eve di samping Lee Sang Yeob

Seo Ye Ji yang berhadapan dengan bermacam-macam kontroversi sebelum ini, antaranya menakut-nakutkan bekas kekasihnya yang juga pelakon Kim Jung Hyun dan pernah menganiaya bekas pekerjanya, dijangka akan meneruskan khidmatnya sebagai pelakon untuk drama tvN terbaru berjudul ‘Eve’.

Eve berkisarkan tentang kisah chaebol yang terpaksa berhadapan dengan saman penceraian yang mengejutkan dunia hingga berjumlah 2 trillion won (~ RM 7 billion) .

Seo Ye Ji akan membawakan watak sebagai Lee Ra El, seorang yang dilahirkan daripada bapa yang bijak pandai dan emak yang cantik. Walaupun Lee Ra El hidup di dalam keluarga berentakkan, namun ia tidak  mematahkan semangatnya untuk menjadi wanita yang digeruni di dalam dunia korporat. Lee Ra El ialah wanita yang terpalit di dalam tuntutan saman penceraian berjumlah billion ringgit.

Park Byung Eun akan memegang watak Kang Yoon Gyum, CEO LY Group, yakni syarikat koporat no. 1 di dalam pengkhususan kewangan, yang ditakrifkan sebagai seorang yang begitu penyayang terhadap keluarganya pada mulanya, namun kesemuanya musnah apabila dia tergoda dengan kehadiran Lee Ra El.

Han So Ra pula akan memegang watak isteri kepada Kang Yoon Gyum, Han Pan Ro yakni anak kepada pemain politik Korea berkuasa manakala Lee Sang Yeob pula akan membawakan watak Seo Eun Pyung, ahli parlimen termuda yang membesar dari rumah anak yatim hingga kepada terpaksa mengabaikan cinta bagi menunaikan cita-citanya.

Bercakap tentang watak yang ‘femme fatale’ yang dipegang olehnya, Seo Ye Ji berkata, “Saya fikir dengan lakonan hebat dan bagaimana untuk menyelaminya amat penting kerana ‘Eve’ memgandungi adegan-adegan yang memerlukan Lee Ra El membalas dendam.”

tvN dijangka akan ditayangkan pada tahun 2022 ini juga.

loading...