Gelaran lelaki terjambu di Korea tidak akan disia-siakan, Cha Eun Woo dicanang bakal bintangi drama ‘True Beauty’

Cha Eun Woo dilaporkan sedang menimbangkan tawaran lakonan di dalam drama terbaru berjudul ‘True Beauty’ yang bakal menonjolkan dirinya selaku pemegang lelaki jambu paling tersohor di Korea.

‘True Beauty’ yang diadaptasikan daripada webtoon, berkisarkan tentang kisah seorang wanita tak mahu mendedahkan rupanya di khalayak ramai tanpa mengenakan mekap sehingga membawanya mengenali lelaki yang tahu tentang rupa sebenarnya. Cha Eun Woo bakal melakonkan watak Lee Su Ho, yakni lelaki yang tampak sempurna dari segi paras rupanya dan merupakan pelajar terbaik di sekolah. Lee Su Ho tidak mudah berkenan dengan gadis-gadis yang mahu mendampinginya dan meluahkan rasa cinta terhadapnya. Pada suatu hari, apabila berhadapan dengan gadis yang disukainya, Lee Su Ho yang acapkali menunjukkan sisi dirinya yang tampak tabah dan tegas sebelum ini, tiba-tiba menjadi terkesima dan mudah menggelabah.

‘True Beauty’ yang belum mendapat cenel siarannya setakat ini, bakal dinukilkan oleh Lee Si Eun (“tvN Rude Miss Young Ae”) dan akan menjadi drama pertama pemenang Popular Rookie Actor CARI Kdrama Awards ini sejak KBS Rookie Historian Goo Hae Ryung.

Sumber: IS Plus

loading...