Minseo DRIPPIN pernah cuba dampingi peminatnya yang cantik tetapi akhirnya ditolak mentah-mentah, dakwa seorang Youtuber popular

Youtuber Korea yang terkenal, ‘Sojang’ sekali lagi berkongsikan cerita bahawa seorang penyanyi idol terkemuka pernah cuba mendampingi peminatnya yang cantik, tetapi lamarannya kemudian telah ditolak mentah-mentah oleh peminat itu.

Penyanyi idol yang dimaksudkan ialah Kim Min Seo daripada kumpulan DRIPPIN.

Berdasarkan video yang dimuatnaikkan oleh Youtuber tersebut berisikan mesej Kakaotalk antara mereka, Minseo dikatakan mempunyai perasaan terhadap peminat berkenaan apabila dilihat melebihkannya berbanding peminat lain. Malahan, Minseo pernah berdampingan untuk mengambil foto bersamanya, memberi peluang peminat itu memilih pakaiannya hingga kepada menceritakan secara peribadi pengalaman yang dihidapinya ketika ‘debut’.

Peminat itu juga mendedahkan mesej Kakaotalk yang berikut di mana Minseo cuba untuk bercakap dengannya lantas memohon maaf setelah Minseo mengaku tidak terlepas pandang akan hantaran yang dibuatnya kerana sibuk melayani peminat lain. “Aku hantar mesej Katalk setelah membaca hantaran kau buat. Aku tak pernah cakap dengan peminat lain sejak 20 Feb, Sabtu jam 8.21pm. Ada seseorang mesej aku pada 19 Mac 2021, jadi aku tanyalah ‘siapa kau?’ dan itu saja perbualan kami. Aku nak tahu apa yang terjadi. Bacalah mesej ini.”

“Aku tersentak kejap, tak perlu tahu siapa yang kau bercakap itu kerana aku tak nak ambil tahu. Kau tersalah sangka ini,” jawab peminat itu dengan menganggap hubungan mereka tidak sepatutnya lebih daripada sekadar peminat dengan artis yang dikagumi.

Sebilangan netizen terkejut dengan pendedahan tersebut kerana memikirkan penyanyi idol tidak seharusnya berinteraksi secara peribadi dengan peminat mereka manakala segelintir yang lain menyalahkan peminat itu kerana mendedahkan perbualan antara mereka. “Minseo mesti terluka hatinya sekarang,” kata netizen itu.

Agensi Minseo, Woolim belum memberikan keterangan lanjut mengenai isu tersebut.

loading...