[Gempar] Kim Hyun Joong, umum akan kahwini kekasih hati bukan selebriti

Wah, nampaknya penyanyi dan pelakon kacak, Kim Hyun Joong akan berkahwin!

Pada 27 Februari, TV Daily melaporkan bahawa Kim Hyun Joong akan berkahwin dengan seorang wanita yang bukan dari kalangan selebriti. Laporan itu turut menyebut bahawa pasangan itu tidak merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan kerana COVID-19. Laporan itu juga menyifatkan pasangan itu sebagai “kawan baik” yang sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Kemudian pada 27 Februari, Kim Hyun Joong berkongsi berita gembira itu dengan peminat di konsert istimewanya, “Words I Want to Say.” Dia berkata, “Saya tidak pasti bagaimana untuk mengatakan ini. Saya telah memutuskan untuk menghabiskan sisa hidup saya dengan seseorang yang telah lama berada di sisi saya disaat susah dan senang.”

Dia menyambung, “Apabila saya renung kembali kehidupan saya dari dahulu hingga kini, saya telah menerima begitu banyak sokongan dan kasih sayang. Terima kasih buat para peminat keranan sentiasa ada bersama saya biarpun ketika keadaan yang sukar melanda.  Memandangkan kita boleh berjumpa dan berbicara seperti ini, saya rasa hari ini akan menjadi sangat bermakna. Kasih sayang dan sokongan anda semasa selama ini menjadi kekuatan untuk saya mulakan kehidupan baru saya. Agak ralat untukmenyatakan berita ini tanpa bertentang mata dengan anda semua yang banyak menyokong saya. Jadi, saya ambil peluang dikonsert ini untuk berkongsi berita gembira ini.”

Agensi Kim Hyun Joong juga turut mengeluarkan kenyataan berikut.

Hello, ini Henecia.

Hari ini, artis kami Kim Hyun Joong mengumumkan perkahwinannya di konsertnya.

Disebabkan kesukaran keadaan semasa [COVID-19], pasangan itu telah memutuskan untuk tidak mengadakan majlis perkahwinan. Memandangkan bakal pasangannya bukan seorang selebriti, kami amat berhati-hati dalam mengeluarkan berita, jadi kami mohon sokongan anda terhadap pasangan ini.  Kami juga dengan hormat berharap tiada agar spekulasi yang berlebihan terhadap pasangan ini.”

Kim Hyun Joong bercadang untuk terus membalas sokongan yang telah diberikan kepadanya dengan menghasilkan muzik yang bagus dan mengadakan pelbagai promosi, jadi kami harap agar anda akan terus menyokongnya.

Terima kasih.

Kim Hyun Joong merupakan ahli pertama kumpulan SS501 dan ahli kedua F4 (Boys Over Flower) selepas Kim Joon yang melangsungkan perkahwinan. Kami mengucapkan Tahniah kepada Kim Hyun Joong dan pasangan.

Sumber : news.nate | mksport

loading...