Niki ENHYPEN diundi ‘Artis Kpop dengan rambut pendek paling menawan’ atasi Hyunjin Stray Kids & Jeonghan SEVENTEEN

Ni-ki atau nama sebenarnya Nishimura Riki daripada kumpulan ENHYPEN diundi paling menawan di antara artis-artis Kpop dengan rambut pendek mengatasi Hyunjin Stray Kids & Jeonghan SEVENTEEN.

Menurut keputusan diperolehi daripada portal ‘Whosfan’ berdasarkan undian dibuat sekitar 8 hingga 14 Februari 2022 lalu apabila ditanya siapakah penyanyi idol paling nampak menawan dengan berambut pendek seperti Willy Wonka, Ni-ki telah memperolehi undian tertinggi sebanyak 47.82% disusuli oleh Hyunjin Stray Kids (37.18%) dan Jeonghan SEVENTEEN (5.38%).

Undian dibuat berdasarkan saranan daripada peminat menerusi laman sosial Whosfan dan artis Kpop yang digemari kerana fesyen rambut pendeknya dijadikan pilihan mereka.

Beberapa artis Kpop lain yang tersenarai sebagai calon termasuklah Beomgyu TXT, Hyungwon Monsta X, Lisa Blackpink, Yuna Brave Girls, Eunha BBG dan Yubin Oh My Girl.

Sumber: mbn

loading...