Teruja dapat kahwin sama Hyun Bin, Son Ye Jin anggap sebagai ketentuan takdir

Son Ye Jin hadir di dalam sidang media promosi drama jtbc Thirty-Nine pada 16 Feb 2022 hari ini.

Ini merupakan penampilan pertama beliau di khalayak ramai sejak mengumumkan berita perkahwinan bersama pelakon kacak, Hyun Bin. Son Ye Jin dan Hyun Bin dikenali pasangan cinlok drama tvN Crash Landing On You.

Ditanya tentang persediaannya untuk menghadapi alam perkahwinan nanti, Son Ye Jin dilihat begitu malu namun teruja untuk menjawab soalan hos Park Seul Gi.

“Seulgi, macam mana kalau kita sama-sama kahwin? “, soal Son Ye Jin.

“Aku suka sangat. Gembira bukan kepalang,” jawab Park Seul Gi.

“Aku pun berharap begitu,” sambung Son Ye Jin pula.

“Terima kasih sangat-sangat. Aku tak tahu nak cakap apa kat sidang media ni kerana macam soal peribadi. Tapi sebagai aktress, ia sesuatu yang sangat besar berlaku padaku di awal tahun 2022. Aku anggap ia sebagai ketentuan takdir,” katanya yang akan melangsungkan perkahwinan dengan Hyun Bin pada Mac depan.

jtbc Thirty-Nine berkisarkan tentang tiga sekawan wanita (berlakon di samping Jeon Mi Do dan Kim Ji Hyunn) sejak zaman persekolahan lagi di penghujung usia 30-an apabila mereka harus berhadapan dengan situasi yang sukar dalam kehidupan masing-masing. Son Ye Jin akan membawakan watak doktor dermatologi klinik swasta yang bertempat di Gangnam.

jtbc Thirty-Nine akan menemui penonton pada malam 16 Feb 2022 setiap hari Rabu dan Khamis.

loading...