Yoo Yeon Seok & Park Min Young bakal digandingkan sebagai pasangan romantis dalam drama terbaru tvN MonWedFriTuesThursSat

Yoo Yeon Seok dan Park Min Young sedang mempertimbangkan tawaran untuk berlakon di dalam drama terbaru tvN MonWedFriTuesThursSat.

“MonWedFriTuesThursSat” berkisarkan tentang kehidupan pembantu rumah yang diminta oleh kleinnya untuk berlakon sebagai isteri apabila mereka harus menghadiri perjumpaan antara pasangan suami isteri atau rakan-rakan satu sekolah.

Park Min Young akan melakonkan watak bernama Choi Sang Eun, yakni pembantu rumah tersebut yang beramanah dan menggunakan bakatnya untuk membantu lelaki yang kesunyian kerana tidak mahu berkahwin. Choi Sang Eun hanya akan bekerja dengan gigih setiap Isnin hingga Sabtu, tetapi akan meluangkan masa sendirian pada hari Ahad. Kelebihan Choi Sang Eun ini ialah dia petah berbahasa selain daripada Korea, pandai bermain golf, bermain lawan pedang berpagar, serta hebat memanjat batu selain mempunyai kemahiran seperti tukang masak bertaraf Michelin.

Manakala, Yoon Yeon Seok pula diberikan watak klien yang menggunakan khidmat Choi Sang Eun sebagai ‘isteri’-nya secara tetap. Nama wataknya belum didedahkan buat setakat ini.

Park Min Young kini sedang membintangi drama jtbc Forecasting Love and Weather bersama Song Kang manakala Yoo Yeon Seok pula kali terakhir berlakon drama adalah menerusi tvN Hospital Playlist 2.

Sumber: newsinside, sport chosun

loading...