Bersedia untuk kembali gegarkan ‘Running Man’, Yoo Jae Suk lapor keadaan terkini Song Ji Hyo & Jeon So Min

Yoo Jae Suk melaporkan keadaan terkini yang berlaku kepada kedua-dua pelakon ternama, Song Ji Hyo dan Jeon So Min di dalam SBS Running Man pada 6 Feb 2022.

“Malangnya, Jeon So Min telah keluar daripada hospital hari ini selepas pembedahan ke atas tumit kakinya. Jihyo pula tidak boleh ambil vaksin kerana alahan pada ubat-ubatan Barat, jadi terpaksalah dia kuarantin sendiri,” ujar Yoo Jae Suk.

Baca lagi: [Gempar] Song Ji Hyo akhirnya mengaku tidak ambil vaksin untuk Covid-19

“Ini rupanya cara jadi sakit kerana tak mahu ambil ubat-ubatan,” kata Haha.

“Kau tak boleh ambil antibiotik biasanya,” sampuk Ji Suk Jin pula.

Song Ji Hyo yang didapati tidak dijangkiti dengan virus tersebut, dilaporkan sebelum ini menjalani penggambaran bersama Eunhyuk Super Junior yang didapati positif Covid-19 dan perlu melakukan kuarantin sendiri. Berkenaan dirinya pula, Yoo Jae Suk mendakwa dia terselamat lagi daripada terkena jangkitan.

“Aku buat ujian PCR rabu lalu dan keputusannya negatif,” kata Yoo Jae Suk.

“Tapi, diorang mesti tengah seronok kan?,” tanya Haha. “Ahh, sebab aku pun pernah hidup begitu jugak sebelum ini,” jawab Ji Suk Jin pula.

“Jihyo hubungi aku sekali tiap hari. Jihyo dah berubah banyak. Somin pula hubungi setiap pagi dan petang,” jelas Yoo Jae Suk memaklumkan bahawa kedua-duanya dijangka bersedia untuk kembali menggegarkan ‘Running Man’ semula.

Sumber: tenasia

loading...