“Sudahlah tinggi tak boleh capai 180cm” – Changmo dikecam selepas dilihat cuba memperkecilkan kaum hawa

Changmo mengundang kontroversi apabila memuatnaik gambar berbaur-baur kebencian kepada wanita.

Pada 7 Feb 2022 hari ini, Changmo berkata, “Orang yang gagal khususnya untuk XX: sudahlah tak boleh capai 180cm pun.” Berlatarbelakangkan gambar Changmo sedang menikmati sarapan pagi di sebuah vila bersebelahan dengan sungai, penyanyi rap itu membuat kenyataan tersebut merujuk kepada ketinggian yang sukar untuk dicapai oleh wanita.

“Kalaulah, lelaki dan perempuan asyik bergaduh, maka diorang nilah XX. Tunjukkan rasa hormat dan cintai satu sama lain. Janganlah bergaduh sesama sendiri dan janganlah membandingkan satu sama lain. Kalau tidak, aku akan jual ‘Ferrari’ ini sekarang,” kata Changmo lagi cuba untuk meredakan ketegangan akibat bertelagah dengan golongan feminis yang tidak berhabis-habis membandingkan diri mereka dengan lelaki.

Walaubagaimanapun, hantaran penuh kontroversi itu sudah dipadamkan berikutan ianya tidak disokong oleh rata-rata netizen. “Kau mabukkah? Bukankah kau kena pergi khidmat ketenteraan tak lama lagi?,” telah netizen tersebut.

Sekitar bulan Jan 2022 lalu, Changmo pernah menyatakan keinginannya untuk menyertai latihan ketenteraan menjelang pertengahan awal tahun 2022. “Aku nak ubah tabiat minum arak ini,” jelas alasannya di sebalik kemasukan di dalam khidmat ketenteraan.

Changmo agak dikenali di Malaysia dengan lagu ‘Meteor’ dendangannya sebelum ini.

Sumber: topstarnews

loading...