Ini dia 7 drama Korea terbaru sepanjang Ogos untuk tontonan anda

Annyeong, chinguyaa~~ Kita dan nak masuk bulan Ogos yang mana adalah bulan Kemerdekaan. How time flies so fast. As usual, setiap bulan kami akan update korang dengan drama Korea terbaru untuk hiburan serta tontonan korang.

Well, sepanjang Julai ini, ada 7 lagi drama Korea terbaru dan pastinya menawarkan pelbagai variasi. So, let’s check it out the list.

1. Hunted (MBC)

  • Tarikh Tayangan: 1 Ogos 2022
  • Penyiar: MBC, WAVVE
  • Barisan Pelakon: Park Ho-san, Kim Soo-jin, Ye Soo-jung, Lee Min-jae, Lee Kyoo-hoi

“Wild Boar Hunting” atau “Hunted” ialah drama thriller misteri yang berlatarkan kawasan luar bandar di mana kes orang hilang berlaku pada hari pemburuan babi hutan dijalankan. Seiring dengan kes orang hilang yang meresahkan, rahsia penduduk kampung terbongkar satu persatu

2. Poong, The Joseon Psychiatrist (tvN)

  • Tarikh Tayangan: 2 Ogos 2022
  • Penyiar: tvN Asia Ch 395 Astro, Astro Go Unifi TV, Viu
  • Waktu Siaran : Setiap Selasa & Rabu, 9.15 PM
  • Barisan Pelakon: Kim Min-jae, Kim Hyang-gi, Kim Sang-kyung

Drama yang diadaptasi daripada novel ini akan menggambarkan kisah tiga pakar psikiatri hebat di era Joseon iaitu Yoo Se Poong, Soo Eun Woo dan Kye Ji Han yang berada di tengah-tengah dunia yang mendorong mereka semua untuk melepaskan hati nurani mereka.

“Poong, The Joseon Psychiatrist” mengisahkan Yoo Se Poong (Kim Min Jae) yang membesar menjadi pakar psikiatri pada era Joseon. Dikatakan beliau seorang yang mempunyai kemahiran luar biasa dalam lagenda istana diraja. Namun, atas sebab tertentu, Yoo Se Poong akhirnya mengalami trauma setiap kali dia memegang jarum. Pada satu ketika, Yoo Se Poong diusir dari istana kerana terlibat dalam konspirasi keluarga diraja dan terpaksa kehilangan kebolehan hebatnya sebagai ahli akupunktur.

Selepas itu, dia bertemu dengan seorang balu, Seo Eun Woo (Kim Hyang Gi) dan doktor eccentric  Gye Ji Han (Kim Sang Kyung) di kampung Gyesu yang misteri dan cantik dan kembali menjadi seorang doktor sejati yang akan menyembuhkan hati pesakitnya.

3. If You Wish Upon Me (KBS2)

  • Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2022
  • Penyiar: KBS2, Viu
  • Barisan Pelakon: Ji Chang-wook, Sung Dong-il, Choi Soo-young

“If You Wish Upon Me” ialah sebuah drama yang diilhamkan oleh sebuah organisasi sebenar di Belanda yang memenuhi kehendak pesakit kanser terminal.

Kisah yang menyentuh hati akan diungkapkan oleh seorang pemuda yang telah dipaksa ke hadnya oleh kehidupan yang penuh dengan perjuangan. Di mana, dia pergi ke hospital dan menyertai kakitangan hospital dalam memenuhi hasrat terakhir orang yang berada di penghujung hayat mereka.

Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Yoon Gyeo-Rye (Ji Chang Wook) yang sangat sukar. Dia tinggal di rumah anak yatim dan juga menghabiskan masa di pusat tahanan dan penjara juvana. Dia berjuang untuk menjalani kehidupan normal. Disebabkan satu kejadian, dia mula menjadi sukarelawan di sebuah hospital. Di sana, dia bekerja dengan ketua pasukan sukarelawan Kang Tae-Sik (Sung Dong-Il) dan Jururawat Seo Yeon-Joo (Sooyoung SNSD).

4. Stock Struck

  • Tarikh Tayangan: 12 Ogos 2022
  • Penyiar: TVING
  • Barisan Pelakon: Han Ji-eun, Hong Jong-hyun, Jung Moon-sung, Kim Sun-young, Jang Gwang

“Stock Struck” atau juga dikenali sebagai “An Ant is Riding” ialah drama komedi baharu tentang lima pelabur runcit (retail investor) yang belajar tentang kehidupan, persahabatan, dan cinta melalui pelaburan saham. 5 watak dalam drama ini akan bertemu di kelab pelaburan misteri dan bekerjasama untuk mencapai kejayaan dalam pelaburan.

5. A Model Family

  • Tarikh Tayangan: 12 Ogos 2022
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Jung Woo, Park Hee-soon, Yoon Jin-seo and Park Ji-yeon

“A Model Family” mengisahkan tentang Dong-Ha yang dilakonkan oleh Jung Woo, seorang ketua keluarga yang cuba sedaya upaya untuk mencari rezeki. Dia berkahwin dengan Eun-Joo (Yoon Jin-Seo) yangmempunyai rahsia yang tiada siapa tahu.

Keluarga kecil ini mengalami masalah kewangan dan keadaan ini menjadikan suasana tidak mengizinkan sehingga Dong Ha hampir menceraikan isterinya.

Pada suatu hari, dia terjumpa sebuah kereta yang mempunyai sejumlah besar wang di dalamnya. Ini menyebabkan dia terlibat dengan Gwang-Cheol (Park Hee-Soon), yang merupakan orang nombor dua dalam geng dadah. Disebabkan itu juga, dia diburu oleh Gwang Cheol. Di tengah situasi berbahaya, dia dan ahli keluarganya akan bersatu memerangi rangkaian dadah yang mengancam nyawa mereka.

Sementara itu, Detektif Joo-Hyun (Park Ji-Yeon), yang merupakan ketua pasukan jenayah antidadah, menyiasat Dong-Ha dan Gwang-Cheol.

6. Little Women (tvN)

  • Tarikh Tayangan: 27 Ogos 2022
  • Penyiar: tvN, Netflix
  • Barisan Pelakon: Kim Go-eun, Nam Ji-hyun, Park Ji-hoo, Wi Ha-joon, Uhm Ki Joon

“Little Women” mengisahkan tentang tiga beradik perempuan yang mempunyai ikatan rapat yang dibesarkan dalam kemiskinan. Drama ini mengikuti kisah menarik adik-beradik itu ketika mereka terlibat dalam insiden besar dan berhadapan dengan keluarga paling berpengaruh di negara ini.

Kim Go Eun memainkan watak kakak sulung, Oh In Joo, yang ingin melindungi keluarganya dengan wang. Nam Ji Hyun memegang watak sebagai kakak kedua, Oh In Kyung, seorang wartawan berita yang tidak mahu tunduk kepada wang dan berhasrat untuk sentiasa melakukan perkara yang betul. Park Ji Hu pula sebagai Oh In Hye, anak bongsu yang terharu dengan kasih sayang kakak-kakaknya yang bekerja keras untuknya. Wi Ha Joon akan melakonkan watak Choi Do Il, seorang perunding berkebolehan yang lulus dari universiti berprestij di United Kingdom.

Manakala Uhm Ki Joon akan memainkan watak Park Jae Sang, seorang ahli politik baru yang akan berkait dengan insiden besar yang akan melibatkan tiga beradik itu dan peranannya akan menimbulkan ketegangan.

7. The Law Cafe / Love by Law / Love According To Law (KBS2)

  • Tarikh Tayangan: 29 Ogos 2022
  • Penyiar: KBS
  • Barisan Pelakon: Lee Seung-gi and Lee Se-young, Kim Seul Gi

Berdasarkan novel web popular dengan nama yang sama oleh penulis Noh Seung Ah, “Love by Law” atau “The Law Cafe” ialah drama percintaan undang-undang yang berlangsung di Law Café, yang merupakan firma guaman dan kafe. Drama ini mengisahkan tentang seorang tuan tanah, yang merupakan bekas pendakwaraya yang pernah dikenali sebagai “raksasa genius,” dan seorang peguam yang mengendalikan kafe itu.

Lee Seung Gi akan memainkan watak bekas pendakwa raya dan kini sebagai tuan tanah / pemilik bangunan bernama Kim Jung Ho. Dia telah mengenali Kim Yu Ri selama 17 tahun dan menyimpan perasaan terhadapnya. Walaupun dia berkarisma, dia juga mempunyai sisi murni dalam keperibadiannya.

Sementara itu, Lee Se Young akan memegang watak sebagai penguam Kim Yu Ri yang cantik dan eccentric. Dia mempunyai keperibadian seperti api, yang sama sekali tidak mampu menahan ketidakadilan.’ Dia pernah bekerja di firma guaman terkemuka, tetapi dia tiba-tiba meninggalkan pekerjaannya dan membuka kafe.

Drama ini akan menggambarkan apa yang berlaku apabila dia mendapat tahu bahawa pemilik bangunan itu adalah rakan sekolah menengahnya, Kim Jung Ho.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys! 

loading...