[Gempar] Song Ji Hyo akhirnya mengaku tidak ambil vaksin untuk Covid-19

Song Ji Hyo hari ini membuat pengakuan bahawa dia tidak pernah ambil vaksin untuk mencegah Covid-19.

Jurucakap agensi Song Ji Hyo dilaporkan berkata, “Keputusan ujian adalah negatif, maka Song Ji Hyo terpaksa batalkan jadual dan melaksanakan kuarantin selama 10 hari.”

Tindakan pelakon merangkap krew utama SBS Running Man itu diambil selepas mendapati Eunhyuk Super Junior yang merupakan tetamu jemputan program itu positif Covid-19.

“Song Ji Hyo pernah mengalami alahan terhadap ubat-ubat moden daripada Barat hingga membuatkan dia sesak nafas dan badan penuh dengan ruam suatu ketika dulu. Oleh itu, dia memang berfikir banyak kali samada nak buat vaksin atau tidak, dan akhirnya dia tidak divaksinkan lagi,” katanya lagi.

Selain Song Ji Hyo, Haha turut memaklumkan bahawa keputusan ujiannya ke atas Covid-19 adalah negatif.

Sumber: spotvnews

loading...