BIGBANG umum ‘comeback’ selepas 4 tahun; T.O.P tinggalkan YG Ent. berkuatkuasa serta-merta

Pasti berita ni berita yang di tunggu-tunggu oleh peminat mereka setelah sekian lama. BIGBANG dilaporkan akan comeback pada musim bunga ini secepat-cepatnya pada April ini.

“Pada 7 Feb 2022, BIGBANG akan keluarkan lagu pada musim bunga ini. Diorang sudah pun habis rakamkan suara dan sedang bersedia untuk rekodkan MV pula,” jurucakap agensi YG Ent.

Namun begitu, T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung Hyun dilaporkan meninggalkan YG Entertainment yang dinaungnya selama 16 tahun.

“TOP mahu mencabarkan dirinya di dalam bidang artis dan keusahawanan,” jelas YG Ent. berkenaan pengunduran T.O.P daripadanya walaupun masih tetap komited dengan BIGBANG.

T.O.P akan sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti BIGBANG bila-bila masa dia mampu dan keadaannya sesuai.

Sumber: news1

loading...