Jennie Blackpink mendedahkan bahawa dia sedang melakukan senaman ‘pilates’ bagi mengekalkan bentuk badan yang menawan dan cantik.
Di dalam perkongsian dibuat olehnya menerusi laman instagram pada 5 Feb 2022, Jennie Blackpink memuatnaik beberapa gambar dia melakukan beberapa postur senaman itu dengan kapsyen berbunyi, “Isnin-Selasa-Rabu-Khamis-Jumaat-Sabtu.”
Gambar-gambar difahamkan diambil ketika Jennie sedang bersenam di Pilates Center dengan menggunakan dua palang sejajar untuk membengkokkan badannya. Malah, Jennie juga tersenyum apabila berjaya melakukan postur itu dengan agak sempurna sekali. Hasilnya, pinggangnya menjadi semakin ramping dengan ukur lilit dianggarkan sekitar 22 inci.
Sementara itu, peminat masih ternanti-nanti ‘comeback’ terbaru daripada Blackpink sejak album ‘Blackpink: The Album’ yang dilancarkan pada tahun 2020.
Sumber: sport chosun