Setahun tak dengar khabar berita, peminat desak buah tangan terbaru daripada Blackpink

May be an image of 8 people

Mungkin kedengaran tidak munasabah apabila sekumpulan peminat sanggup berhempas-pulas mengiklankan sepanduk ‘Blinks Demands for Blackpink’ dengan menggunakan helikopter pula?

Sejauh itu prakarsa dilakukan oleh peminat kerana begitu dahagakan buah tangan terbaru daripada Blackpink sampai tertularnya tanda pagar #STOPDELAYINGBLACKPINK di laman sosial.

Dahulunya, peminat juga pernah mendesak perkara sedemikian semenjak krisis Burning Sun yang menggigit YG sekitar tahun 2018 hingga 2019, malah desakan serupa juga dibuat pada awal tahun 2020. Pengumuman “comeback” terbaru daripada Blackpink menyebabkan saham YG kembali menaik, begitu juga untuk tahun seterusnya.

Sejak kali terakhir mengeluarkan album studio sulung mereka pada ‘The Album’ pada 2 Oktober 2020 lalu, Blackpink banyak menumpukan kepada projek solo setiap ahli bermula dengan Rose dan berakhir dengan Lisa pada tahun 2021. Jisoo pula sedang membintangi drama jtbc Snowdrop dan projek solonya akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini. Jennie pula lebih menumpukan kepada aktiviti peragaan seperti biasa.

Jika dihitung aktiviti mereka secara berkumpulan, mereka hanya menjayakan projek istimewa bersama ‘Dear Earth’ dengan lagu versi Stay sebagai kempen perubahan iklim pada Ogos 2021 lalu. Maka, tidaklah keterlaluan untuk meminta pihak agensi mereka mengeluarkan sekurang-kurangnya album mini atau EP untuk mengisi kekosongan aktiviti mereka di dalam tempoh setahun tersebut.

Sumber: twitter

loading...