Inseong & Youngbin SF9 dikerahkan untuk jalani khidmat ketenteraan tak lama lagi

Kim Inseong dan Kim Youngbin akan dikerahkan untuk menjalani khidmat ketenteraan masing-masing pada waktu tertentu.

Menurut agensinya, FNC Ent., Inseong akan menyertai khidmat ketenteraan sebagai ahli kugiran tentera bermula pada 21 Mac 2022 ini manakala Youngbin yang sudah diketahui tarikh kemasukannya pula akan dimaklumkan selang kemudian.

“Untuk mengelak penularan wabak Covid-19, tiada sebarang acara awam akan dibuat menjelang hari penyertaan Inseong. Bagi menghormati peristiwa penting yang bakal diraikan oleh para askar sesama sendiri, peminat dilarang untuk menghadirinya. Doakan Inseong dalam keadaan sihat,” kata jurucakap agensinya.

Kali terakhir SF9 mengeluarkan album dengan kesemua ahli turut terlibat sama ialah menerusi ‘Rumination’ pada 22 November 2021 lalu dengan lagu Trauma dijadikan sebagai single. Dua orang ahlinya, yakni Chani (Chanee) dan Rowoon merupakan seorang pelakon ternama di Korea.

Sumber: newsis

loading...