“Diamlah” – Jimin BTS tertawa terbahak-bahak selepas Seokjin ajak keluar minum, dakwa boleh buang kuman penyakitnya

Jimin BTS mengemaskini status keadaannya di laman Weverse beberapa jam selepas pihak agensi Big Hit memaklumkan bahawa penyanyi itu sudah keluar daripada hospital pada 5 Februari 2022 hari ini kerana telah sembuh daripada menjalani pembedahan apendiks tempoh hari.

“Terima kasih kepada bimbang tentang keadaanku. Aku telah pulih dengan begitu cepat. Doktor dan jururawat pun bekerja penuh gigih sekali. Sekarang tak de lagi sakit,” kata Jimin BTS.

Sejurus selepas Jimin membuat hantaran tersebut, Seokjin seraya membalas, “Keluar minum?”.  Tawaran itu dibuat oleh Seokjin untuk meraikan Jimin yang baru keluar daripada hospital.

“Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha,” tulis Jimin sambil ketawa terbahak-bahak.

“Sekarang ini masa untuk menyahjangkit, calit kesemuanya dengan alkohol,” kata Seokjin lagi. Dengan nada bergurau, Seokjin mendakwa minum arak mampu membuang kuman penyakit yang dialami oleh Jimin.

“Diamlah,” sambung Jimin pula membuatkan netizen tertawa melihat telatah kedua-duanya. Perbualan tersebut mengingatkan netizen kepada klip video antara Jimin dan Seokjin tak berapa lama dulu di mana Seokjin menyarankan Jimin agar mencucikan tekaknya yang tengah kebengkakan itu dengan meneguk arak.

Sumber: OSEN

loading...