Christmas Tree & tvN Ghost Doctor adalah lagu Kpop & drama Korea paling digemari oleh rakyat Malaysia sepanjang Jan 2022

Chrismas Tree oleh Taehyung BTS dan tvN Ghost Doctor masing-masing diangkat sebagai lagu Kpop dan drama Korea paling digemari rakyat Malaysia sepanjang bulan Jan 2022 lalu.

Menurut kaji selidik yang dibuat menerusi Kmania TOP Stars Jan 2022, Chrismas Tree oleh Taehyung BTS berjaya memperolehi undian sebanyak 34% mengatasi penyandang lagu kpop popular pada bulan Dis 2021, iaitu Universe (Let Play Ball) oleh NCT U (3.8%) selain Only oleh Lee Hi (15.1%), Beautiful oleh NCT dan Eleven oleh IVE (21.8%) yang terikat di kedudukan sama (12.3%).Christmas Tree merupakan single keluaran Taehyung BTS untuk OST drama SBS Our Beloved Summer.

Manakala untuk drama paling digemari rakyat Malaysia pula ialah tvN Ghost Doctor (27.4%), yakni gandingan pelakon tersohor Rain, Kim Bum dan juga Son Naeun Apink. Menariknya, tvN Ghost Doctor adalah sebuah drama perubatan fantasi mengenai dua doktor yang tidak mungkin lebih berbeza dari segi latar belakang, kemahiran, atau keperibadian mereka, tetapi akhirnya saling mencantumkan badan dan roh mereka antara satu sama lain.

Kisah drama ini yang berpandukan kepada emosi doktor berhantu, walaupun setelah kematian mereka tapi masih lagi tidak dapat meninggalkan hospital atau pesakit mereka, jauh mengatasi drama jtbc Snowdrop lakonan Jisoo dan Blackpink yang berlandaskan tentang peristiwa risikan yang difiksyenkan berlaku pada zaman pemerintahan kerajaan diktator Korea sekitar tahun 80-an. Maka, genre komedi atau romantik selalunya menjadi pilihan penonton Kdrama. Menyimpul tiga drama Korea paling popular sepanjang Jan 2022 lalu ialah tvN Ghost Doctor (27.4%),  jtbc Snowdrop (20.8%), dan SBS Our Beloved Summer (17%).

Sumber: Kmania

loading...