Gelabah bila Dino Seventeen terlepas sebut seorang kenalan berpangkat kakak, Dokyeom (DK) segera matikan VLive

Dokyeom (DK) atau nama sebenarnya Lee Seok Min daripada Seventeen mengundang tanda tanda peminat apabila menunjukkan reaksi terkejutnya terhadap Dino Seventeen yang terlepas sebut seorang kenalan berpangkat kakak di dalam sesi VLive bersama peminat pada 24 Jan 2022 lalu.

Ketika di hari kejadian, Dino yang baru pulang ke asrama yang didiami oleh Seventeen seraya berkata, “Bila aku nak buat kecoh saja, kakak Yewon itu selalu saja ada di sini.”

“Oh, dia tak de kat sini ker?,” sebutnya secara perlahan.

DK yang ternyata sedikit gelabah, cepat-cepat memberikan isyarat kepada Dino bahawa sesi VLive sedang berlangsung antaranya dengan peminat menyebabkan keadaan menjadi senyap seketika sebelum Vernon meluru mengucapkan ‘hello’ kepada peminat kemudian. DK kemudiannya mematikan Vlive selepas ada perminat bertanyakan siapakah ‘kakak’ misteri tersebut di ruang komen.

Dokyeom (DK) Seventeen

“Aku dah abis makan ini, maka akan tamatkan VLive sekarang,” kata DK.

Persoalan siapakah kakak misteri tersebut menjadi perbualan dalam kalangan peminat di laman komuniti forum, dan ada di antaranya berasa kecewa apabila mendapati dia sentiasa dapat berjumpa dengan penyanyi idola dikagumi mereka itu hatta hanya sekadar kawan kepada mereka saja. Manakala sebilangan lain pula membuat spekulasi wanita yang bernama Yewon itu pula berkemungkinan ialah teman wanita DK berdasarkan reaksinya ketika diajukan nama wanita itu, lalu menuntut DK membuat penjelasan dengan kadar segera.

Sumber: topstarnews, ggilbo

loading...