Yoo Ah In sekali lagi cetus sensasi, bergambar berdua-duaan dengan seorang lelaki pembuat arca

Yoo Ah In sekali lagi mencetuskan sensasi di atas perhubungan akrabnya dengan pembuat arca Choi Ha Neul.

Di dalam gambar yang dikongsikan oleh Choi Ha Neul di instagram tanpa disertakan kapsyen, Yoo Ah In dilihat mengambil swafoto bersama pembuat arca itu dengan aksi yang mengundang perasaan syak wasangka netizen, terutamanya foto Yoo Ah In sedang berbisik sesuatu kepadanya, menampakkan seolah-olah dua orang lelaki saling bercinta antara satu sama lain.

Namun demikian, jangan terpedaya dengan beberapa foto awal tersebut. Kedua-duanya tidak lupa menyertakan gambar berikut sekaligus memadamkan kegusaran tersebut.

Yoo Ah In dan Choi Ha Neul dilihat menaikkan jari tengah sebagai tindakbalas jika ada yang bersalah-sangka tentang hubungan akrab yang terjalin antara mereka. Tidak menghairankan apabila ada segelintir netizen yang menganggap gurauan itu serius kerana terperangkap dengan khabar angin bahawa Yoo Ah In mempunyai kekasih gelap baru-baru ini.

Baca lagi: Dakwa Yoo Ah In punyai kekasih gelap, video Youtuber tertular hingga raih lebih 500 ribu tontonan

Yoo Ah In baru saja membintangi drama Netflix Hellbound dan sedang mempertimbangkan lakonan untuk drama scifi bertemakan malapetaka dasyat iaitu, ‘The Fool of the End’ yakni berkisarkan tentang kehidupan manusia di dalam tempoh 200 hari sebelum astreoid menghentam bumi.

Sumber: tenasia

loading...