Lazimnya disaksikan di kelab-kelab malam, netizen kagum Johnny NCT mampu ‘menari tiang’ sebaik kaum hawa

Johnny NCT membuktikan bakatnya yang agak hebat di dalam menyempurnakan tarian tiang meskipun memiliki tubuh yang begitu sasa.

Di dalam video dikongsikan buat peminat, Johnny dilihat berjaya memusingkan badannya dari bawah hingga ke atas sebelum menyempurnakan rutin itu tanpa cacat-cela berpandukan arahan daripada jurulatih yang ditugaskan. Johnny kelihatan sedikit tercungap-cungap selepas melakukannya.

Netizen yang kagum melihat aksi Johnny itu, memuji keberaniannya berikutan fizikal tubuhnya yang sasa itu mungkin tidak tampak cukup fleksibel untuk membolehkannya kekal stabil sewaktu melakukan gerakan pusingan tersebut dalam tempoh yang singkat. Bagaimanapun, Johnny NCT telah membuktikan bukan wanita saja mampu berbuat demikian.

Tarian tiang yang biasanya disaksikan di kelab-kelab malam, merupakan satu bentuk senanam gabungan aerobik dan anaerobik untuk meningkatkan kemahiran menari seseorang.

NCT kini di dalam rangka jadual mempromosikan album penuh keluaran mereka, ‘Universe’.

Sumber: twitter

loading...