Fromis_9 diheret semula kes manipulasi undian selepas produser Idol School dijatuhi hukuman penjara hari ini

Berikutan keputusan mahkamah rayuan yang tetap mengekalkan sabitan bersalah terdapat produser Mnet Idol School, Fromis_9 kembali diheret semula di atas kes manipulasi undian melibatkan kumpulan itu sebelum ini.

Dalam keputusan penghakiman 8-1 dibuat pada 26 Jan 2022 hari ini, mahkamah mendapati bekas produser Mnet serta bekas pengurus am B bersalah kerana memanipulasikan undian penonton, lantas menjatuhkan hukuman penjara masing-masing sebanyak 8 bulan dan 4 bulan. Bagaimanapun, hukuman penjara telah dikurangkan berbanding tempoh setahun yang telah dikenakan oleh mahkamah rendah sebelum ini.

Sebaik saja keputusan mahkamah dibacakan, Kumpulan Pencari Fakta Idol School (Idol School Fact-finding Committee) mengeluarkan kenyataan rasmi mereka mengenainya. “Idol School ialah sebuah program realiti yang bermasalah. Didedahkan bahawa defendan hanya dihukum sebagai wakil saja. Ketika rayuan dibuat, defendan mengaku telah membuatkan mangsa-mangsa (bekas pelatih idol) teraniaya. Kes CJ&ENM pula tertutup kerana defendan telah dihukum, tapi bukan bermakna CJ&ENM terlepas daripada bertanggungjawab,” kata jurucakap kumpulan itu.

“Perbuatan CJ&ENM dan defendan akan dikenang selama-lamanya, maka seharusnya mereka memohon maaf kepada mangsa kerana insiden ini dan melaksanakan tanggungjawab mereka,” tambahnya lagi yang mahu mendesak CJ&ENM agar berbuat demikian.

Baca lagi: [Gempar] Inilah 12 bekas pelatih siri Produce 101 yang dinafikan hak kemenangan gara-gara manipulasi undian

Fromis_9 yang kini berada di bawah jagaan agensi Pledis Entertainment dan bernaung di bawah syarikat konglomerat HYBE, tetap tidak dapat mengecualikan diri mereka daripada terkena tempias setelah ahli-ahli mereka dihasilkan daripada program Idol School berkenaan. Dalam beberapa laman komuniti forum tempatan, netizen membincangkan kewajaran untuk menyokong Fromis_9 selepas mengetahui sebahagian ahli Fromis_9 itu terbentuk hasil daripada manipulasi undian.

Fromis_9 baru saja mengeluarkan album mini keempatnya, Midnight Guest pada 17 Jan 2022 dengan lagu DM dijadikan single utama.

Sumber: sport khan, pann.nate

loading...